Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Thursday 21 March 2013

:: Sapa Kata Belajar Bahasa Arab Susah? ::

Selepas aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Adam tempohari,semakin berkobar-kobar semangat aku untuk cuba berikan yang terbaik dalam membantu pembelajaran persekolahan Adam.Setiap kali Adam ke sekolah,aku suka belek-belek buku teks sekolah Adam..konon-konon nak buat revision supaya senang nak mengajar Adam nanti.:-D

Salah satu subjek yang termasuk dalam sukatan pelajaran sekarang ni ialah Bahasa Arab.Bila aku belek-belek buku teks ni,aku rasa seronok pulak sebab kalau you all nak tau,aku pernah belajar bahasa Arab ni semasa belajar di UITM dulu.So kiranya bila baca buku ni umpama aku cuba untuk recall/refresh balik apa yang pernah aku belajar dulu.

Sebenarnya semasa kat UITM dulu,kita diberi pilihan untuk pilih samada Bahasa Arab,Mandarin,Tamil,Jepun dan Bahasa German.Entah macamana pilihan aku waktu tu ialah Bahasa Arab walaupun majoriti kawan-kawan aku memilih Bahasa Mandarin.Maybe bagi aku dengan belajar Bahasa Arab ni lebih senang untuk aku memahami isi kandungan Al-Quran.Tapi true enough,alhamdulillah walaupun tak semua ayat,tapi setelah aku belajar Bahasa Arab ni,aku boleh faham apa maksud sesetengah ayat Al-Quran tersebut walaupun tidak secara 100%.

Aku bertuah kerana Ustaz yang mengajar Bahasa Arab semasa aku Part 1 dulu adalah sangat-sangat bagus.Namanya pun Sheikh,so bila dia ajar macam senang jer aku faham.Bila kita dah faham,campur pulak dengan minat,walaupun masa Part 2 ditukar kepada Ustazah baru yang amat-amatlaahh memboringkan..tapi disebabkan basic things aku dah tau..alhamdulillah aku boleh 'tangkap' apa yang diajar.Disebabkan terlalu minat,setiap kali ada masa lapang aku akan hafal setiap satu makna perkataan bahasa Arab tu dalam bahasa Malaysia..Alhamdulillah setiap semester result exam untuk Bahasa Arab aku dapat ialah either A ataupun A+..waahhhh gitewww!Konfem ada yang 'muntah hijau' baca ni,kan..kan??:-D

Sekarang,bila Adam pulak yang belajar bahasa Arab ni,aku lak yang beriyer-iyer study buku teks Adam.Setiap hari sambil Adam tunggu van sekolah,setiap kali tu jugak aku akan suruh Adam translate setiap perkataan Arab tu  ke dalam bahasa Malaysia.Over sungguhh mummy Adam ni.Adampun naik bosan agaknya..:-D

Apapun bagi aku untuk pandai Bahasa Arab ni,vocabulary mestilah bagus.Bahasa Arab nipun macam English jugak,ada singular,plural..ada past tense,present tense.Untuk bercakap dengan lelaki sebutannya lain,untuk perempuan lak lain sebutannya.Kalau dengar memang rasa macam susah tapi kalau daripada basic kita dah faham..insya'Allah sumanya tu akan jadi senang.

Final year exam,alhamdulillah untuk bahasa Arab aku dapat A+.Pernahlaa berangan  konon-konon nak ambik course semata-mata nak belajar Bahasa Arab ni dengan lebih mendalam lagi.Tapi biasalaaa..bila dah  busy keje mana ada masa.Sekarang ni kalau nak tau apa-apa,tanya jer 'Encik Google'.So tak yah nak bersusah payah ambik course bagai.Lagipun aku just nak belajar yang basic jer,asal dapat faham isi kandungan Al-Quran pun dah kira ok sangat tu.

Apapun aku harap Adam boleh menguasai syllabus Bahasa Arab ni dengan baik.Insya'Allah aku akan bantu dia semampu aku.Itulaa sahaja entri  aku untuk kali ini.U all take care k!Daaa....:-D





Dua gambar di atas aku 'cilookk' daripada Mr.Google..:-D

Buku teks 'Lughatul Arabiah'...;-D

1 comment:

  1. alhamdulillah minat pelajari bahasa arab iaitu bahasa al-quran. smg diri awk dipelihara Allah, dan smg diberi hidayah untuk berhijab. :)

    ReplyDelete