Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Sunday 7 April 2013

:: Tugu Negara Visit! ::

Waduuhh waduuhhh!Busy bangeet aku semenjak dua menjak ni sebab banyak perkara yang perlu aku selesaikan.Rasa happy sangat bila dapat bukak laptop hari ni.Kalau nak diikutkan,banyak cita yang aku nak merepek kat my blog ni tapi apakan daya...huhu!Kebetulan baby tengah tido ni bolehla aku update blog aku yang dah bersawang ni jap.:-(

Okay..aku nak tanya kat sini berapa ramai yang dah atau pernah melawat atau berkunjung ke Tugu Negara?Agak-agak ada tak sampai 10orang?Kerr 5orang jerr?Kerrr takder sorangpun?hahaa!Okaylaa.You all mesti terfikir,apa kelasss pegi melawat Tugu Negara ni?Banyak lagi tempat lain yang lagi menarik untuk kita pegi selain daripada Tugu  Negara ni.Bukannya ada apa pun kat situ.:-D

Apa yang membuatkan tetiba aku bermimpi nak berkunjung ke Tugu Negara ni?Sebenarnya kalau nak diikutkan,aku sendiripun tak pernah terfikir nak berkunjung ke sana.Maklumlaa tempat ni bukannya sepopular KLCC atau KL tower pun,betul tak?:-D

Citanya begini..baru-baru ni semasa aku bagi Adam buat latihan Bahasa Malaysia,salah satu soalan berbunyi begini, 'Apakah nama tempat ini?'(Sambil merujuk kepada gambar Tugu Negara).Sangat-sangat mengejutkan dan menyedihkan aku bila Adam jawab dia taktau.Bila aku cakap inila namanya Tugu Negara..boleh si Adam tanya aku balik..'Apa tu Tugu Negara?Tak pernah dengar pun'!Berangin satu badan aku dibuatnya.Macamana benda ni pun boleh tak tau?.Bila difikirkan balik,bukan salah Adampun.Aku yang tak pernah ajar atau bagitau dia pasal tempat ni.Aku janji dengan Adam,one day aku akan bawak dia ke sana supaya dia boleh tengok sendiri macamana rupa Tugu Negara tu.

Kebetulan baru-baru ni aku balik kampung Ulu Yam yang kebetulan memang kitorang lalu area KL,aku 'paksa' hubby singgah ke Tugu Negara ni.Weekend takderla ramai orang sangat.Yang datang singgah sinipun kebanyakannya adalah pelancong-pelancong dari luar negara.Ada laaa beberapa kerat local yang bawak anak-anak singgah sini,tupun plat kereta dari negeri-negeri lain contohnya Johor,Penang dll.

Bila sampai jer sana,aku lak tetiba yang excited,Maklumlaa tak silap aku,akupun pernah pegi sekali jer ke Tugu Negara ni,itupun masa aku kecik-kecik dulu.Boleh dikatakan aku pun dah ingat-ingat lupa macamana area Tugu Negara ni.Kebetulan aku sampai sana matahari tengah tegak atas kepala..panas sangat-sangat.Area Tugu Negara ni adalah open air..takder pokok-pokok.Aku lak bawak baby..hmmm!:-(

Pertama kali Adam tengok Tugu negara ni,ternganga mulut..haha!Aku tau dia teruja sangat.Katanya..'Besarnya kasut patung tu!'.Abis..patung tupun memang dah besar,kasutnya pun mestila besar.:-D

Apapun aku ada satu suggestion untuk improve area Tugu Negara ni.Bayang kan kitorang dengan stroller baby,tapi takde pun disediakan laluan khas untuk orang yang berstroller atau orang yang berkerusi roda(OKU).Boleh tengok gambar yang aku selitkan kat sini,betapa susahnya kitorang yang terpaksa angkut stroller tu ke atas untuk menaiki tangga yang bertingkat-tingkat tu.Manalaa orang kurang upaya tak berkecil hati,facilities untuk diorang sangat-sangat terhad.Kalau kat UK tu,bas awam pun ada kemudahan utk golongan OKU ni,siap lantai bas tu boleh diturunkan setiap kali penumpang OKU ni nak naik atau turun bas.Macam nila baru dikatakan 'perihatin',betul tak?.Haaihhh..berceramah politik la plak,mentang-mentang sekarang ni tengah demam pilihanraya...hahhaa!Takderlaa..aku just bagi cadangan jer,tujuan aku ialah untuk membantu meningkatkan kemudahan awam untuk semua golongan,itu jer..tak lebih dari itu.:-)

Pernah dengar tak sebelum ni ada kuar kenyataan yang mengatakan kalau kita melawat Tugu Negara bermakna kita seolah-olah memuja patung tu?.Apapun bagi aku semua tu bergantung kepada niat kita.Kalau niat kita ke sana ialah untuk memuja,of course la itu terang-terang salah.Tapi kalau niat cuma nak melihat dan memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita yang telah terkorban demi mempertahankan negara kita,bagi aku itu tak salah.Semua ni bergantung pada niat masing-masing,betul tak?.:-) 

Okayla banyak plak pot pet pot pet..penat menaip.Senang cita,u all tengok jer gambar-gambar yang aku sertakan kat bawah ni yer.Akhir kata,harapan aku semoga anak-anak kita dapat didedahkan dengan tempat-tempat bersejarah macam ni supaya pengetahuan diorang lebih luas terutama tentang sejarah negara sendiri.Jangan setakat kenal KLCC jer.Tugu Negara dan bangunan Parlimen contohnya mesti jugak kena tau dan kenal.Kalau tak,malu  dan sia-sia jer mengaku rakyat Malaysia tapi Tugu Negara pun tak kenal,kan Adam kann?(Amboiii..laser nampak!!).heeehee..Sebelum berangkat pulang,sempat kitorang singgah tunjuk bangunan Parlimen kat Adam.Tak nak la sampai bangunan Parlimen pun Adam tak tau dan tak kenal lak nanti..:-D

Lastly u all take care.Harap-harap ada masa untuk aku update dengan cita yang baru nanti.Happy weekend..;-)

Signboard Tugu Negara..

Model-model tak berbayar 'ai' tengah posing depan pintu masuk Tugu Negara!Sila ingat yerr Adam,kalau ada soalan tanya,lambang harimau tu namanya 'Jata Negara'.Jangan lagi bagi jawapan tak tau!:-)

Ada satu monument kat depan main entrance ni..


Ya Allah!Susahnyaa nak angkut stroller ni naik tangga..:-(


Ini kiranya macam Dome laa..

Tugu Negara dari pandangan belakang..

Tugu Negara dari tepi..




Ini lerr rupa Tugu Negara..al kesahnyaaa!:-D

Haqaq pun tumpang sekaki bergambar kat Tugu Negara!Giteeww....:-D


Adam posing..Yang penting Adeeb tetap tido dengan lena walaupun tengah panas!:-D

Dah nak balik sebab tak tahan panas sangat.Sila datang waktu petang kalau nak datang sini yerr.:-D

Kat sini ada disediakan kemudahan toilet dan jugak beberapa kedai yang menjual souvenirs dan kedai runcit.Yang penting air 100plus sebotol RM3.00 yerr!Mahal gilerrr!Area pelancong la pulak kaannn!What do you expect?:-D

Fridge magnets..Adam memilih dah macam dia lak pelancong!Tapi betul jugak tu,'pelancong dalam negara'!:-D


Main entrance bangunan Parlimen..

No comments:

Post a Comment