Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Sunday 7 April 2013

:: Tugu Negara Visit! ::

Waduuhh waduuhhh!Busy bangeet aku semenjak dua menjak ni sebab banyak perkara yang perlu aku selesaikan.Rasa happy sangat bila dapat bukak laptop hari ni.Kalau nak diikutkan,banyak cita yang aku nak merepek kat my blog ni tapi apakan daya...huhu!Kebetulan baby tengah tido ni bolehla aku update blog aku yang dah bersawang ni jap.:-(

Okay..aku nak tanya kat sini berapa ramai yang dah atau pernah melawat atau berkunjung ke Tugu Negara?Agak-agak ada tak sampai 10orang?Kerr 5orang jerr?Kerrr takder sorangpun?hahaa!Okaylaa.You all mesti terfikir,apa kelasss pegi melawat Tugu Negara ni?Banyak lagi tempat lain yang lagi menarik untuk kita pegi selain daripada Tugu  Negara ni.Bukannya ada apa pun kat situ.:-D

Apa yang membuatkan tetiba aku bermimpi nak berkunjung ke Tugu Negara ni?Sebenarnya kalau nak diikutkan,aku sendiripun tak pernah terfikir nak berkunjung ke sana.Maklumlaa tempat ni bukannya sepopular KLCC atau KL tower pun,betul tak?:-D

Citanya begini..baru-baru ni semasa aku bagi Adam buat latihan Bahasa Malaysia,salah satu soalan berbunyi begini, 'Apakah nama tempat ini?'(Sambil merujuk kepada gambar Tugu Negara).Sangat-sangat mengejutkan dan menyedihkan aku bila Adam jawab dia taktau.Bila aku cakap inila namanya Tugu Negara..boleh si Adam tanya aku balik..'Apa tu Tugu Negara?Tak pernah dengar pun'!Berangin satu badan aku dibuatnya.Macamana benda ni pun boleh tak tau?.Bila difikirkan balik,bukan salah Adampun.Aku yang tak pernah ajar atau bagitau dia pasal tempat ni.Aku janji dengan Adam,one day aku akan bawak dia ke sana supaya dia boleh tengok sendiri macamana rupa Tugu Negara tu.

Kebetulan baru-baru ni aku balik kampung Ulu Yam yang kebetulan memang kitorang lalu area KL,aku 'paksa' hubby singgah ke Tugu Negara ni.Weekend takderla ramai orang sangat.Yang datang singgah sinipun kebanyakannya adalah pelancong-pelancong dari luar negara.Ada laaa beberapa kerat local yang bawak anak-anak singgah sini,tupun plat kereta dari negeri-negeri lain contohnya Johor,Penang dll.

Bila sampai jer sana,aku lak tetiba yang excited,Maklumlaa tak silap aku,akupun pernah pegi sekali jer ke Tugu Negara ni,itupun masa aku kecik-kecik dulu.Boleh dikatakan aku pun dah ingat-ingat lupa macamana area Tugu Negara ni.Kebetulan aku sampai sana matahari tengah tegak atas kepala..panas sangat-sangat.Area Tugu Negara ni adalah open air..takder pokok-pokok.Aku lak bawak baby..hmmm!:-(

Pertama kali Adam tengok Tugu negara ni,ternganga mulut..haha!Aku tau dia teruja sangat.Katanya..'Besarnya kasut patung tu!'.Abis..patung tupun memang dah besar,kasutnya pun mestila besar.:-D

Apapun aku ada satu suggestion untuk improve area Tugu Negara ni.Bayang kan kitorang dengan stroller baby,tapi takde pun disediakan laluan khas untuk orang yang berstroller atau orang yang berkerusi roda(OKU).Boleh tengok gambar yang aku selitkan kat sini,betapa susahnya kitorang yang terpaksa angkut stroller tu ke atas untuk menaiki tangga yang bertingkat-tingkat tu.Manalaa orang kurang upaya tak berkecil hati,facilities untuk diorang sangat-sangat terhad.Kalau kat UK tu,bas awam pun ada kemudahan utk golongan OKU ni,siap lantai bas tu boleh diturunkan setiap kali penumpang OKU ni nak naik atau turun bas.Macam nila baru dikatakan 'perihatin',betul tak?.Haaihhh..berceramah politik la plak,mentang-mentang sekarang ni tengah demam pilihanraya...hahhaa!Takderlaa..aku just bagi cadangan jer,tujuan aku ialah untuk membantu meningkatkan kemudahan awam untuk semua golongan,itu jer..tak lebih dari itu.:-)

Pernah dengar tak sebelum ni ada kuar kenyataan yang mengatakan kalau kita melawat Tugu Negara bermakna kita seolah-olah memuja patung tu?.Apapun bagi aku semua tu bergantung kepada niat kita.Kalau niat kita ke sana ialah untuk memuja,of course la itu terang-terang salah.Tapi kalau niat cuma nak melihat dan memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita yang telah terkorban demi mempertahankan negara kita,bagi aku itu tak salah.Semua ni bergantung pada niat masing-masing,betul tak?.:-) 

Okayla banyak plak pot pet pot pet..penat menaip.Senang cita,u all tengok jer gambar-gambar yang aku sertakan kat bawah ni yer.Akhir kata,harapan aku semoga anak-anak kita dapat didedahkan dengan tempat-tempat bersejarah macam ni supaya pengetahuan diorang lebih luas terutama tentang sejarah negara sendiri.Jangan setakat kenal KLCC jer.Tugu Negara dan bangunan Parlimen contohnya mesti jugak kena tau dan kenal.Kalau tak,malu  dan sia-sia jer mengaku rakyat Malaysia tapi Tugu Negara pun tak kenal,kan Adam kann?(Amboiii..laser nampak!!).heeehee..Sebelum berangkat pulang,sempat kitorang singgah tunjuk bangunan Parlimen kat Adam.Tak nak la sampai bangunan Parlimen pun Adam tak tau dan tak kenal lak nanti..:-D

Lastly u all take care.Harap-harap ada masa untuk aku update dengan cita yang baru nanti.Happy weekend..;-)

Signboard Tugu Negara..

Model-model tak berbayar 'ai' tengah posing depan pintu masuk Tugu Negara!Sila ingat yerr Adam,kalau ada soalan tanya,lambang harimau tu namanya 'Jata Negara'.Jangan lagi bagi jawapan tak tau!:-)

Ada satu monument kat depan main entrance ni..


Ya Allah!Susahnyaa nak angkut stroller ni naik tangga..:-(


Ini kiranya macam Dome laa..

Tugu Negara dari pandangan belakang..

Tugu Negara dari tepi..




Ini lerr rupa Tugu Negara..al kesahnyaaa!:-D

Haqaq pun tumpang sekaki bergambar kat Tugu Negara!Giteeww....:-D


Adam posing..Yang penting Adeeb tetap tido dengan lena walaupun tengah panas!:-D

Dah nak balik sebab tak tahan panas sangat.Sila datang waktu petang kalau nak datang sini yerr.:-D

Kat sini ada disediakan kemudahan toilet dan jugak beberapa kedai yang menjual souvenirs dan kedai runcit.Yang penting air 100plus sebotol RM3.00 yerr!Mahal gilerrr!Area pelancong la pulak kaannn!What do you expect?:-D

Fridge magnets..Adam memilih dah macam dia lak pelancong!Tapi betul jugak tu,'pelancong dalam negara'!:-D


Main entrance bangunan Parlimen..

Thursday 21 March 2013

:: Sapa Kata Belajar Bahasa Arab Susah? ::

Selepas aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Adam tempohari,semakin berkobar-kobar semangat aku untuk cuba berikan yang terbaik dalam membantu pembelajaran persekolahan Adam.Setiap kali Adam ke sekolah,aku suka belek-belek buku teks sekolah Adam..konon-konon nak buat revision supaya senang nak mengajar Adam nanti.:-D

Salah satu subjek yang termasuk dalam sukatan pelajaran sekarang ni ialah Bahasa Arab.Bila aku belek-belek buku teks ni,aku rasa seronok pulak sebab kalau you all nak tau,aku pernah belajar bahasa Arab ni semasa belajar di UITM dulu.So kiranya bila baca buku ni umpama aku cuba untuk recall/refresh balik apa yang pernah aku belajar dulu.

Sebenarnya semasa kat UITM dulu,kita diberi pilihan untuk pilih samada Bahasa Arab,Mandarin,Tamil,Jepun dan Bahasa German.Entah macamana pilihan aku waktu tu ialah Bahasa Arab walaupun majoriti kawan-kawan aku memilih Bahasa Mandarin.Maybe bagi aku dengan belajar Bahasa Arab ni lebih senang untuk aku memahami isi kandungan Al-Quran.Tapi true enough,alhamdulillah walaupun tak semua ayat,tapi setelah aku belajar Bahasa Arab ni,aku boleh faham apa maksud sesetengah ayat Al-Quran tersebut walaupun tidak secara 100%.

Aku bertuah kerana Ustaz yang mengajar Bahasa Arab semasa aku Part 1 dulu adalah sangat-sangat bagus.Namanya pun Sheikh,so bila dia ajar macam senang jer aku faham.Bila kita dah faham,campur pulak dengan minat,walaupun masa Part 2 ditukar kepada Ustazah baru yang amat-amatlaahh memboringkan..tapi disebabkan basic things aku dah tau..alhamdulillah aku boleh 'tangkap' apa yang diajar.Disebabkan terlalu minat,setiap kali ada masa lapang aku akan hafal setiap satu makna perkataan bahasa Arab tu dalam bahasa Malaysia..Alhamdulillah setiap semester result exam untuk Bahasa Arab aku dapat ialah either A ataupun A+..waahhhh gitewww!Konfem ada yang 'muntah hijau' baca ni,kan..kan??:-D

Sekarang,bila Adam pulak yang belajar bahasa Arab ni,aku lak yang beriyer-iyer study buku teks Adam.Setiap hari sambil Adam tunggu van sekolah,setiap kali tu jugak aku akan suruh Adam translate setiap perkataan Arab tu  ke dalam bahasa Malaysia.Over sungguhh mummy Adam ni.Adampun naik bosan agaknya..:-D

Apapun bagi aku untuk pandai Bahasa Arab ni,vocabulary mestilah bagus.Bahasa Arab nipun macam English jugak,ada singular,plural..ada past tense,present tense.Untuk bercakap dengan lelaki sebutannya lain,untuk perempuan lak lain sebutannya.Kalau dengar memang rasa macam susah tapi kalau daripada basic kita dah faham..insya'Allah sumanya tu akan jadi senang.

Final year exam,alhamdulillah untuk bahasa Arab aku dapat A+.Pernahlaa berangan  konon-konon nak ambik course semata-mata nak belajar Bahasa Arab ni dengan lebih mendalam lagi.Tapi biasalaaa..bila dah  busy keje mana ada masa.Sekarang ni kalau nak tau apa-apa,tanya jer 'Encik Google'.So tak yah nak bersusah payah ambik course bagai.Lagipun aku just nak belajar yang basic jer,asal dapat faham isi kandungan Al-Quran pun dah kira ok sangat tu.

Apapun aku harap Adam boleh menguasai syllabus Bahasa Arab ni dengan baik.Insya'Allah aku akan bantu dia semampu aku.Itulaa sahaja entri  aku untuk kali ini.U all take care k!Daaa....:-D





Dua gambar di atas aku 'cilookk' daripada Mr.Google..:-D

Buku teks 'Lughatul Arabiah'...;-D

Wednesday 20 March 2013

:: Mesyuarat PIBG-Jangan Pandang Remeh!..::

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Adam iaitu S.K. Taman Putra Perdana.Aku dan hubby excited sangat-sangat..maklumlaa 1st time anak bersekolah di sekolah kebangsaan.Rupanya mesyuarat PIBG ni sangat-sangat best dan bagus.Banyak info yang kita dapat daripada pihak sekolah terutamanya tips untuk meningkatkan lagi kemajuan pelajaran anak kita.Bagi aku setiap parents 'wajib' hadir untuk mesyuarat yang sebegini 'kalau berpeluang'.Aku faham,kadang-kadang ada di kalangan parents yang busy dengan urusan kerja,so tak dapat attend  mesyuarat macam ni.Tapi kalau yang memang free tu,seeloknya datanglaa.Bukan apa,untuk kebaikan anak kita jugak.Bayangkan..sekolah Adam tu mempunyai 1,800orang murid tapi  ibubapa yang datang cuma 130orang.Sedihkann?.Sebenarnya inilah masa dan peluang yang kita ada untuk sama-sama bincang idea atau pendapat dengan pihak sekolah,betul tak?.:-(

Oleh kerana ini ialah mesyuarat pertama untuk tahun ni,ada perlantikan ahli-ahli baru untuk menggantikan ahli-ahli lama.Ada yang masih maintain,ada jugak ahli baru yang dipilih untuk kali ini.Yang paling menggembirakan aku ialah bila ada 3orang wakil dari taman aku(Taman Amanputra)yang terpilih.So kalau rasa-rasa ada nak komplen atau bagi pandangan/pendapat,senanglaa..just contact diorang jerr,kan?.;-D 

Bagi students yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR dalam exam tahun lepas,pihak sekolah telah memberikan cenderamata untuk mereka.Pelajar yang dapat 5A ialah seramai 27orang,hmmm ramai jugak kan?.Betul kata Kak Zarina(NYDP),walaupun sekolah ni dikatakan 'kurang bagus' oleh segelintir parents sampaikan sanggup hantar anak-anak mereka ke sekolah yang lebih jauh dari rumah walaupun hakikatnya sekolah ni dekat jer dengan rumah diorang,tapi sebenarnya sekolah ni ialah top 5 untuk daerah Sepang.Harapan aku semoga sekolah ni akan terus maju dan maju di masa-masa akan datang,insya'Allah...

.Bila ada parents yang datang sebagai wakil kepada anak-anak diorang untuk menerima cenderamata dari pihak sekolah(anak-anak diorang tak dapat hadir pada hari tu),aku pulak yang tumpang rasa bangga.Biasala 'ratu air mata',aku pulak yang happy sampai menitis 'air mata'.Air mata gembira tuu..hehe!Aku harap 1day Adam pun boleh membanggakan aku macam anak-anak diorang ni..insya'Allah!:-)

Semasa mesyuarat tu,ibubapa dikehendaki mengisi borang kajiselidik untuk mengetahui sejauhmana komunikasi kita dengan anak-anak dan juga sejauhmana kita involved dalam usaha memantau pelajaran anak-anak kita.Bagus jugak form ni sebab hasil daripada borang kajiselidik ni kita tau apa kelemahan kita dan apa yang patut kita perbaiki daripada kelemahan tadi.

Disebabkan aku tak keje,so alhamdulillah sememangnya masa aku banyak dihabiskan dengan anak-anak.Pada masa yang sama aku boleh memantau pelajaran Adam 100%.Kalau dulu aku tak taupun bila Adam ada exam(tau-tau exam dah lepas punn..boleehh?) atau ada homework yang perlu disiapkan disebabkan terlalu busy dengan kerja,tapi kali ni alhamdulillah aku dah ada masa untuk semua tu.Setiap hari aku akan pastikan Adam buat apa yang patut dia buat terutamanya bab-bab berkaitan dengan pelajaran.Insya'llah aku akan cuba berikan yang terbaik dengan harapan semoga Adam akan berjaya dalam apa sahaja yang Adam ceburi nanti.

Itu sahaja entri aku utk kali ni.Insya'Allah bila ada kelapangan aku akan update dengan entri lain lak.Daaa...:-)



Borang kajiselidik ibubapa..

Lagi satu borang survey yang perlu parents isi..Eeerr gangguan bising televisyen tu bukan mummy yang buat,tapi daddy yang  layan 'berita'...:-D


Ini ialah borang 'Sarana Ibubapa'...Aku tak pasti sekolah lain ada benda-benda macam ni ke tak.Maybe semua sekolah samalaa kot yerr!:-D

Happy sebab Kak Zarina(wakil Tmn.Amanputra)terpilih sebagai NYDP PIBG sekolah Adam...;-)

Kak Ita(Doktor Zunita)juga salah seorang ahli PIBG yang baru.Lagi sorang wakil Tmn.Amanputra..;-)

Ahli-ahli PIBG yang baru..

Monday 18 March 2013

:: @ Sophie Hana's Wedding! ::

Malam semalam aku n hubby menghadiri majlis persandingan one of our gorgeous friend,Siti Rohana atau nama komersialnya Sophie Hana.Kalau sesapa perasan,dia pernah berlakon dalam beberapa drama yang disiarkan kat TV.Hana ni jugak merupakan model MAS semasa dia masih bekerja dengan MAS.Tapi sekarang dia telah mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan dan sekarang kalau tak silap sekarang dah jadi ejen yang berjaya bersama Public Mutual.Itu serba sedikit yang aku tau tentang Hana.Eeerr..kalau silap info maafkan I yerr Hana.(Pssttt..kalau salah,mati kena saman dgn Hana..ya ampunnnn!!);-D

Oleh kerana dah lama tak bekerja dan berjumpa dengan kengkawan,seronok sangat malam tu dapat jumpa diorang especially my BFF Elah..makin cun kawan aku sorang ni.Psstt...pasni belanja aku eehh??hahaaa...

Malas nak cakap banyak sebab matapun dah ngantuk,askar-askar kat umah nipun dah lena beradu.Aku sertakan gambar-gambar yang diambil pada malam tu bersama kawan-kawan yang gorgeous sumanya.Ramai lagi jelitawan yang datang malam tu tapi tak sempat nak bergambar.Take care..Daaaaa!:-D


Sampai jer terus posing,boleehh??:-D

With Suzanne Irdawaty..pun one of MAS model!:-D

With BFF Elah yang jelita..Eerr yang dua orang nipun MAS model jugak,tapiiii..'aircraft model' masa great passengers naik kapal!'Selamat Pagi Encik'...hihiii!

Bride n Groom on the stage..tengah buat speech!:-D

Copycat pose Elah n Steve!Jgn maraahhh...:-D

With Fss Azzren yang canteekkk..;-D

Haaaa..ni lagi sorang MAS model,Lilis...Cantik kan?:-D

With Fss Cecilia..sweet sangat Cecilia ni!;-D

Acara bergambar beramai-ramai!;-D



Ni lak acara 'Syok Sendiri' oleh pengantin tua...hihihhiii!

Sumthing wrong dgn gambar ni..i look 'kemetot'!(Takleh terima hakikat yang sememangnya aku ni spesis 'kemetot'!);-D

Posing dgn Elah lagi dan lagi..

With my Mr.Bodyguard..Mr.Steve!hahaaa...:-D

With Umri n Partner..

Acara bersalam salaman bersama pengantin..

Apa laaa yang kecoh si baju merah dua orang tuuu?:-D

Peaceeeee...:-D

Table setting..

Dessert yang lazat lagi enak~tapai with ice cream!Kalaulaa dapat tambah..:-D

Owwhh ni hadiah utk pengantin 'berposing' dengan wedding card Hana!:-D