Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Wednesday 20 March 2013

:: Mesyuarat PIBG-Jangan Pandang Remeh!..::

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Adam iaitu S.K. Taman Putra Perdana.Aku dan hubby excited sangat-sangat..maklumlaa 1st time anak bersekolah di sekolah kebangsaan.Rupanya mesyuarat PIBG ni sangat-sangat best dan bagus.Banyak info yang kita dapat daripada pihak sekolah terutamanya tips untuk meningkatkan lagi kemajuan pelajaran anak kita.Bagi aku setiap parents 'wajib' hadir untuk mesyuarat yang sebegini 'kalau berpeluang'.Aku faham,kadang-kadang ada di kalangan parents yang busy dengan urusan kerja,so tak dapat attend  mesyuarat macam ni.Tapi kalau yang memang free tu,seeloknya datanglaa.Bukan apa,untuk kebaikan anak kita jugak.Bayangkan..sekolah Adam tu mempunyai 1,800orang murid tapi  ibubapa yang datang cuma 130orang.Sedihkann?.Sebenarnya inilah masa dan peluang yang kita ada untuk sama-sama bincang idea atau pendapat dengan pihak sekolah,betul tak?.:-(

Oleh kerana ini ialah mesyuarat pertama untuk tahun ni,ada perlantikan ahli-ahli baru untuk menggantikan ahli-ahli lama.Ada yang masih maintain,ada jugak ahli baru yang dipilih untuk kali ini.Yang paling menggembirakan aku ialah bila ada 3orang wakil dari taman aku(Taman Amanputra)yang terpilih.So kalau rasa-rasa ada nak komplen atau bagi pandangan/pendapat,senanglaa..just contact diorang jerr,kan?.;-D 

Bagi students yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR dalam exam tahun lepas,pihak sekolah telah memberikan cenderamata untuk mereka.Pelajar yang dapat 5A ialah seramai 27orang,hmmm ramai jugak kan?.Betul kata Kak Zarina(NYDP),walaupun sekolah ni dikatakan 'kurang bagus' oleh segelintir parents sampaikan sanggup hantar anak-anak mereka ke sekolah yang lebih jauh dari rumah walaupun hakikatnya sekolah ni dekat jer dengan rumah diorang,tapi sebenarnya sekolah ni ialah top 5 untuk daerah Sepang.Harapan aku semoga sekolah ni akan terus maju dan maju di masa-masa akan datang,insya'Allah...

.Bila ada parents yang datang sebagai wakil kepada anak-anak diorang untuk menerima cenderamata dari pihak sekolah(anak-anak diorang tak dapat hadir pada hari tu),aku pulak yang tumpang rasa bangga.Biasala 'ratu air mata',aku pulak yang happy sampai menitis 'air mata'.Air mata gembira tuu..hehe!Aku harap 1day Adam pun boleh membanggakan aku macam anak-anak diorang ni..insya'Allah!:-)

Semasa mesyuarat tu,ibubapa dikehendaki mengisi borang kajiselidik untuk mengetahui sejauhmana komunikasi kita dengan anak-anak dan juga sejauhmana kita involved dalam usaha memantau pelajaran anak-anak kita.Bagus jugak form ni sebab hasil daripada borang kajiselidik ni kita tau apa kelemahan kita dan apa yang patut kita perbaiki daripada kelemahan tadi.

Disebabkan aku tak keje,so alhamdulillah sememangnya masa aku banyak dihabiskan dengan anak-anak.Pada masa yang sama aku boleh memantau pelajaran Adam 100%.Kalau dulu aku tak taupun bila Adam ada exam(tau-tau exam dah lepas punn..boleehh?) atau ada homework yang perlu disiapkan disebabkan terlalu busy dengan kerja,tapi kali ni alhamdulillah aku dah ada masa untuk semua tu.Setiap hari aku akan pastikan Adam buat apa yang patut dia buat terutamanya bab-bab berkaitan dengan pelajaran.Insya'llah aku akan cuba berikan yang terbaik dengan harapan semoga Adam akan berjaya dalam apa sahaja yang Adam ceburi nanti.

Itu sahaja entri aku utk kali ni.Insya'Allah bila ada kelapangan aku akan update dengan entri lain lak.Daaa...:-)



Borang kajiselidik ibubapa..

Lagi satu borang survey yang perlu parents isi..Eeerr gangguan bising televisyen tu bukan mummy yang buat,tapi daddy yang  layan 'berita'...:-D


Ini ialah borang 'Sarana Ibubapa'...Aku tak pasti sekolah lain ada benda-benda macam ni ke tak.Maybe semua sekolah samalaa kot yerr!:-D

Happy sebab Kak Zarina(wakil Tmn.Amanputra)terpilih sebagai NYDP PIBG sekolah Adam...;-)

Kak Ita(Doktor Zunita)juga salah seorang ahli PIBG yang baru.Lagi sorang wakil Tmn.Amanputra..;-)

Ahli-ahli PIBG yang baru..

No comments:

Post a Comment