Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Saturday 26 January 2013

:: I Phone 5?Haqaq Tak Mampu Dik Non!;-( ::

Sebut jer pasal handphone,semua orang pun dah tau trend handphone yang dipakai sekarang ni kalau tak IPhone,mesti Samsung jadi pilihan,betul tak?Blackberry ker,Nokia ker dah macam outdated,kan?Untuk pengetahuan suma,selama ni aku pakai Blackberry(Bold 2) hampir 3tahun jugaklaa..Tapi lately asyik buat hal jerr..kejap-kejap mati,pastu dia 'on' balik,macam 'berhantu' lak.Dalam sehari tu adalaa dalam 10kali 'on' dan 'off' sesuka hati dia jerr.Paling bengang bila kita betul-betul nak pakai handphone,time tu jugaklaa dia nak 'kaput'..ggggrrrr!!!

Selepas berbincang dengan hubby,nak tak nak..ada duit atau tidak,nampaknya aku terpaksa tukar handphone lain.Berkurun jugaklaa memikir handphone mana yang menepati 'poket' aku yang 'tak berapa ada' ni..huhuu!Kalau ikutkan hati nak la jugak merasa pakai IPhone 5 yer tak...maklumlaa IPhone 5 ni kan macam 'kerrlassss' sebab harganya pun 'kerrlasss'.;-D

Akhirnya setelah pikir punya pikir,bincang punya bincang,telek punya telek(telek hp leerr..hehe),hubby cakap Samsung paling sesuai untuk aku.Pertama,sebab 'harga' tu menepati isi poket aku yang 'hadoooo' ni(siaannn kan?).Kedua,applications untuk Samsung ni banyak yang free sedangkan untuk IPhone 5 banyak nak kena bayar..hmmm.Nampaknya reason kedua jugak ada kaitan dengan 'isi poket' aku yang tak seberapa ni..kih kih kih!So,dengan Samsung kiranya lebih jimatlaaa.Okaylaa..apa-apa jerlaa sebab aku ni bukan reti sangat pun bab-bab IT ni.Janji aku dapat ber FB,boleh layan Twitter dan Instagram,itupun dah cukup.Lain-lain aku tak taupun takperr..;-D

Alhamdulillah dengan duit yang tak seberapa ni(maklumlaa dah lama tak keje dan tak ber gaji),aku dapat sambar Samsung Galaxy Note 2.Pheeww..umpama mimpi dalam mimpi giteww!;-D


My new baby(selain daripada Adeeb..jangan marah yerr Adeeb!hehe)..;-D

Okay,itu cita pasal handphone.Macam biasalaa,bila dah ada handphone,nak kena cari 'baju'(hp cover)lak untuk handphone tu.Aku perasan trend bendera negara Britain tengah 'in' sekarang,so next projek ialah misi mencari casing yang diidam-idamkan.Susah jugak nak cari sebab banyak yang aku jumpa diorang jual casing yang protect bahagian belakang jer tak termasuk bahagian screen depan.Cari punya cari,alhamdulillah jumpa jugak casing yang aku nak tu kat Digital Mall,USJ.Waahhhh suka sangat-sangat...happy gilerr!Harga pun takderla mahal sangat,daripada RM35.00,selepas tawar dan tawar dan tawar..dapatlaa RM25.00,okaylaa tu kannn!;-D

Okaylaa,kat bawah ni ialah gambar 'baju' untuk my new handphone..lalalalaaaa!Itu sahaja cita aku untuk kali ni,insya'Allah bila ada cita /idea baru aku update lagi.Daaaa...;-D

Cun tak?hehehe..


No comments:

Post a Comment