Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Sunday 2 December 2012

:: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Cheng,Kelana Jaya..terbaikkkkkk!! ::

Baru-baru ini tetiba muka Adeeb penuh dengan ruam bintik-bintik merah.Area telinga lak dah jadi macam kudis..kering berkuping-kuping sampai naik geli lak aku tengok.Kesiaan sangat tengok dia.Orang cakap itu 'ruam susu'.Setiap kali menyusu,lebihan susu meleleh ke muka dan telinga baby.Begitu jugak area leher,merah..aduuhaiii!Cepat-cepat kitorang beli bedak merah 'amnesia' utk gatal/ruam tu.Bila apply,kat leher ok..cepat jer hilang tp kat muka tetap sama..still ada bintik-bintik merah.Kulit muka pun dah jadi macam terbakar..merah macam udang kena bakar lak aku tengok.Biasalaa naluri ibu,setiap kali tengok muka baby yang macam tu,setiap kali tu aku susah hati.;-(

End up aku ajak hubby bawak baby jumpa pakar kanak-kanak,senang.Doktor pakar mesti tau apa ubat terbaik utk baby.Masa Adam baby dulu,aku pernah bawak jumpa Doktor Cheng (suggested by my friend)kat area Kelana Jaya(berhampiran Kelana Jaya Medical Centre).So far selama aku dok bawak Adam ke sana setiap kali ada masalah kesihatan,alhamdulillah ok.

Ubat yang paling aku kagum kat klinik ni ialah ubat sapu utk rashes(aku panggil ubat ajaib).Doktor tu siap buat demo lagi,dia sapu krim tu kat tangan pastu dia masukkan ubat tu dalam mulut dia.Ini menunjukkan/membuktikan yang ubat tu selamat utk baby walaupun baby termakan ubat tu.

Kali ni aku pegi lagi setelah 4,5tahun kot tak kesana.Sejak Adam dah takder masalah kesihatan,kitorang pun takderla pergi lagi.Bila dia tengok jer muka baby,terus dia cakap baby ni 'nose allergic',tu sebab bila dia gatal hidung,dia belum pandai nak garu dgn tangan,so dia akan gosok-gosok muka dia kat tilam(kalau dia baring)atau badan kita utk hilangkan rasa gatal tu.Kalau dia kebetulan tgh menyusu,suma lelehan susu tu akan secara tak langsung terkena seluruh muka/pipi baby.Lelehan susu tu jugak akan terus mengalir ke area telinga.

Actually aku dan hubby tak sempat cita apa-apa pun,tapi bila dia tengok jer dia boleh cakap baby kerap bersin,tido ada bunyi(mcm flu),kadang-kadang lak baby macam meneran tapi bukan berak.Itu sebenarnya angin..perut baby kembung.Hmmm..kagum jap kitorang dengar sebab suma sign n symtoms yang doktor cita tu memang betul.Patutlaa dia dapat title 'pakar kanak-kanak'.Katanya nasib baik kitorang bawak baby awal,sebab kalau lambat jumpa doktor,takut nanti instead of kulit merah,kulit baby akan jadi bernanah.

Masa bagi ubat,dia siap cakap dia boleh bagi 'gerenti' by end of the week,kulit baby akan gebu balik.Aku 'kurang' nak percaya sebenarnya bila dia cakap mcm tu sebab dengan kulit yang dah mcm terbakar tu,tak kan la boleh baik secepat tu.Tapi jangan tak percaya,selepas seminggu jumpa doktor hari tu,memang sekarang(hari ni) kulit baby dah baik,licin dan yang penting dah gebu macam apa yang doktor janjikan.Yang bestnya,2nd day selepas apply ubat 'krim ajaib' tu,kat area telinga yang macam berkudis tu dah hilang,takder lagi kudis yang kering berkuping-kuping tu.Kulit telinga tu dah cantik mcm tak pernah ada kudis pun kat situ.Hmm..alhamdulillahhh!

Dari segi harga lak,bagi aku harga yang diorang charge agak reasonable.Dengan 3botol ubat(ubat angin dan ubat hidung)dan jugak dgn 'krim ajaib' tadi tu,baru dalam RM90.00.Aku pernah pegi Klinik Pakar Kanak-Kanak Ting(area Pusat Bandar Puchong),bukan nya ambik ubat apapun,juz jumpa utk consultation jer dah RM50.00.So bagi aku harga kat klinik ni sangat berbaloi..ditambah lagi dgn ubatnya yang sangat-sangat bagus.

Okla,itu saja entri aku utk kali.Utk pengetahuan,aku masih lagi dlm pantang.Tinggal 4hari lagi nak abis pantang ni.Dalam kepala ni macam-macam dah terbayang..nk minum itu,nak makan ini.Haaiihh...sabar bebanyak yerr!Sabar itu separuh daripada iman..hehe!Ok,chowww dulu...daaaaa!;-D


Masa baru sampai...


Dalam bilik doktor...

Nilaaa muka Adeeb masa terkena rashes tu..siaannn Adeeb!Tapi dalam gambar ni tak nampak teruk sgt mcm kat luar,kat luar sebenarnya lagi teruk merahnya..;-(


Latest pic...alhamdulillahhh!;-)

30 comments:

  1. alhamdulillah,,lepas tu ada keluar lagi ke rashes tu????

    ReplyDelete
  2. salam...bleh dpt detail pasal klinik tu kt mana x?minta tlg sgt...sbb anak sy pun tgh kena situasi yg sama....plz reply at 0176794779

    ReplyDelete
  3. Boleh sms detail alamat klinik tu...0193816751...amat memerlukan.tq

    ReplyDelete
  4. Bangunan sebelah Paradigm Mall. Satu row dengan KPJ Kelana Jaya medical center.

    ReplyDelete
  5. Sama mcm anak saya.sebijik ruam muka telinga teruk .n now 2 bulan lebih bersin kerap pulak adoii pening kepala. .hubby kata farmasi swoh mndi air sejuk masa ruam byk tu.sbb air suam makin byk. .bila mndia air sejuk bersin2 pulak. Any idea ??? :(

    ReplyDelete
  6. Baby saya pn sama mcm ni. Buntu lepas ruam teruk kerap bersin pula. .

    ReplyDelete
  7. untuk kudis yg dah melarat atau seman boleh ke.. tlg bagi alamat klinik

    ReplyDelete
  8. adakah ini dokto yang dimaksudkan.. maaf jika silap http://17chipmunks.wordpress.com/2013/01/09/dr-cheng-seong-wai-of-klink-kanak-kanak-cheng-kelana-business-avenue-is-not-advocating-exclusive-breastfeeding/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya same kot..tp xabis baca...npe yer?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. There is another update on that writing.

      https://17chipmunks.wordpress.com/2013/11/07/return-visits-to-dr-cheng-seong-wai-of-klink-kanak-kanak-cheng-kelana-business-avenue/

      Delete
  9. Apa yg doc tu citer kt awk sebiji mcm citer sy...mmg btl pon..ubat tu sehari jer sapu esoknya dah baik serta merta..mmg ajaib..hihi..anak sy problem mcm anak awk gak..hidung gatal...actually baby mmg masalah yg same..sbb tu dia pakar..tiap2 ari ngadap baby jer

    ReplyDelete
  10. hi, boleh bagitau apa nama ubat sapu tu? saya punya baby 3 bulan lebih ceritanya sebijik mcm adeeb. bersin ruam telinga bkuping.. dah ke klinik jumpa nurse doc..rata2 cakap kena air susu.. sapu antibiotic tak sembuh pun telinga tu..ruam tu pula makin bertambah. ni yang saya google ni..jumpa blog ni.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.. Muka anak awak seiras muka anak saya. Tp anak saya gegirl. Hihihi.. Anak saya pon kena rashes. Dah macam2 ubat da sapu tetap tak hilang. Kejap lg nak try pegi klinik Dr. Cheng as suggestion dari kawan2.

    ReplyDelete
  12. Siapa ada contsct no klinik ni..anak saya ekzema teruk,tgh mencarik dok pakar yg bagus

    ReplyDelete
  13. Siapa ada contsct no klinik ni..anak saya ekzema teruk,tgh mencarik dok pakar yg bagus

    ReplyDelete
  14. Sy pun da GI kinik Cheng ni.memng terbaik.ank sy kena eczema tahap kritikal.muka merah mcm udang bkr.allergic seafood.sbb nyusu bdn.alhamdulilah jumpa blog ni terus sy GI klinik Cheng kat kelana jaya ni.seminggu lebih ank sy dah baik.kulit JD gebu mcm asal.alhamdulilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose,ade no contact klinik ni x?ahad bukak x?

      Delete
    2. FAS Business Avenue, No. 7 Lot 113 Ground Floor, Jalan Perbandaran Ss7, Selangor, 47301, Malaysia

      03 7880 8711

      Delete
  15. Hari ahad bukak tak klinik ni..ade sape2 ade no contact klinik cheng ni x?nak pergi sekarang takot tutup

    ReplyDelete
  16. trima kasih sgt puan sbb knl kan klinik ni kpd umum.. sy bru pg khamis lps jumaat start letak n ahad pipi ank licin sgt.. skrg tgl kat bdn dia je ade sikit lg..

    ReplyDelete
  17. anak sy pun sama cmne habis muka dada merah2..ingat nk cari gak klinik ni..brapa kos kena? nk standby kot x cukup duit lak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis dh pegike?berapa ye cas dia.anak sy ade eczema

      Delete
  18. Harga klinik Cheng mampu milik. Kalau kes eczema (sama mcm anak saya jugak - 3months old) between RM 100 - RM 120. Depends jugak pada kes. Tapi klinik tu hanya terima cash payment sahaja ya �� nasib baik cukup cash masa pergi.

    ReplyDelete
  19. Sy baru pegi tadi.. anak sy umur 4bln eczema baru smgu.. baru naik ruam tu.tp dah nak merebak..kakak suggest klinik ni. Kena charge rm80. Cash only.. nnt sy bgtau bila dah elok.hope elok cpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup amek masa 3hari je.eczema anak sy elok teross..alhamdulillah.. recommended weh..

      Delete
  20. Sy pon pergi sbb muka ank sy ruam2.. Then lepas sapu krim tu memang hilang.. Then lepas 2 hari xsapu ubat tu,ruam die dtg balik.. So bile nk stop ubat sapu tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya ada benda yang anak pakai punca ruam tu. Contoh sabun badan dia tak sesuai, lotion ke? Apa yang dipakai tu mungkin punca ruam berulang.

      Delete