Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Saturday 24 November 2012

:: Aaron vs Adeeb ::

 'Aaron.....Aarooonnnn!!',familiar tak nama ni?Sebenarnya itu aku copy daripada iklan Appeton kat TV,hehe!Kalau nak tau inilah 'first choice' nama yang aku pilih untuk my 2nd baby kali ni.Al maklumlaa..pelakon Aaron Aziz pun tengah 'hot' sekarang ni,enshemmm lak tu.Dengan harapan supaya anak aku pun akan 'se hensem' Aaron Aziz laa!(Sungguh tinggi harapan 'anda' yerr...haahhaa!).Berangan sesangat tauu!;-D


Dalam kitorang sebok memilih nama-nama baby ni,adalaa beberapa nama lain yang kitorang KIV(keep in view) selain daripada Aaron iaitu Adeeb dan Hadif.Aku suka dgn nama Hadif ni,bermaksud 'yang bermatlamat' tapi hubby lak suka  dengan nama Adeeb sebab senang nak ingat dan senang nak sebut katanyer.Lagipun dalam Islam maksudnya pun ok..'yang berpengetahuan'.Bila check maksud nama Aaron dlm Islam,takder makna la plak.Hmmm..nak tak nak terpaksalaa aku lupakan niat utk pilih nama Aaron tu walaupun nama Aaron tengah 'in' sekarang.Bagi aku,memberi nama yang baik utk anak kita sangat-sangat penting sebab melalui nama nilaa penentu karekter/perangai anak kita nanti.

Dulu utk Adam aku pilih Muhammad Adam Azfar..Azfar bermaksud 'yang berjaya',dengan harapan semoga anak aku akan berjaya dalam segala yang diceburinya baik dunia mahupun akhirat.Tapi kadang-kadang ada terselit sikapnya yang asyik nak menang jerr.Bila difikirkan balik,hmmm memang patutpun sebab maksud namanya pun 'berjaya'..bermakna mesti dia nak menang/berjaya dalam segala hal.Daripada sini aku nampak betapa pentingnya parents memilih nama untuk anak.Kalau boleh mestilah yang mempunyai maksud yang baik-baik.;-)

Finally kitorang bersetuju utk pilih nama Muhammad Adeeb Mirza,Adeeb bermaksud 'yang berpengetahuan'  dan Mirza ialah bermaksud 'anak yang baik'.Kali ni kasi can hubby yang pilih nama lak.Harapan kitorang semoga Adeeb akan jadi anak yang pandai dan jugak anak yang baik sepertimana maksud namanya,insya'Allahh!Amiinnn....;-)

psstt** muka baby berubah-ubah,makin lama makin macam muka daddy dia!;-D

 Adeeb berumur 2hari...

 Opah yang 'memutihkan' Adeeb...hehe









 Alaahaaiii..Mazlan Junior sesangat!;-D

Abang Adam dera Adeeb yerr..siaann baby!;-D

No comments:

Post a Comment