Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Sunday 23 December 2012

:: Produk Genius Xtra a.k.a Gula-Gula Bijak! ::

As salam suma..aku muncul lagi dengan  entri baru.Kali ni aku nak bercerita dan share dengan u all pasal produk Genius Xtra.Actually aku pernah cita pasal produk ni sebelum ni tapi bukan in detail.So kali ni aku nak cita lebih detail lagi.Bagi aku benda bagus,elok dikongsi.Mana tau aku dapat tolong orang yang mempunyai masalah sama dengan aku,insya'Allahhh(dengan izin Allah).:-)

Ok,citanya macam ni.Semasa Adam berumur 5tahun(awal tahun),dia susah sangat nak bangun pagi untuk ke sekolah.Setiap pagi,kalau tak menangis,tak meragam tak sah.Setiap pagi nak kena marah.Kesian jugak tapi tula mana boleh tahan.Kalau dia meragam sambil jerit-jerit tu biasalaa.Satu taman boleh dengar.Jiwanya pun sensitif sangat-sangat,selalu merajuk.Pantang ditegur,mesti merajuk.Merajuk tak bertempat kata orang.;-D

Kalau nak buat homework,hmmm lagilaaa.Setiap kali kena paksa.Bila try test perkataan yang simple-simple yang dia belajar kat sekolah,susahnya nak ingat walaupun cuma 3 huruf jer.Susah hati aku dibuatnya.:-(

Kebetulan,dalam aku melayan Facebook,ternampak satu iklan pasal produk ni.Iklan tu lebih kurang macam kat bawah ni.



Bila baca ni,aku tertarik sangat-sangat.Tapi untuk permulaan aku survey dulu.Selepas puas hati dengan jawapan pengedar tu,baru aku order untuk dicuba.Aku cuma order sebotol jer dulu sebab nak tengok Adam nak makan ke tak sebab bila aku bagi minum madu,dia tak berapa nak makan..kadang-kadang langsung tak nak makan.Jenuh memujuk.Produk ni lak dalam bentuk biji.Takut la plak beli banyak-banyak dia tak nak makan,membazir lak nanti.

Alhamdulillah,botol pertama berjaya dihabiskan.Adam suka makan sebab rasanya manis (tapi takde perisa).Aku psyco Adam dengan berikan gelaran produk ni 'gula-gula bijak'.Kalau nak bijak dan pandai,kena la selalu makan..hihiii!Produk ni saja jer aku letak merata-rata kat dalam rumah ni,dalam bilik(in case lupa makan dan malas turun bawah)dan juga diruang tamu..senang bila ternampak jer boleh terus makan.Aku akan pastikan Adam makan setiap hari.Tu sebab bila adik aku datang umah,adik aku cakap Adam ni model Genius Xtra..haha!

Setelah bagi Adam makan hampir 2tahun,aku bersetuju untuk jadi pengedar(area Puchong)bila lihat kesannya sangat bagus untuk Adam.Tapi bukan niat aku untuk berniaga dan dapat untung semata-mata,sebab untung pun takder la banyak mana pun,aku jual nipun saja untuk suka-suka(ada orang nak beli,adalaa,kalau tak nak belipun takder masalah)..tapi niat aku lebih kepada untuk membantu parents yang mempunyai anak bermasalah dari segi pelajaran dan sahsiah diri.Bila dapat feedback yang positif dari kawan-kawan,aku dah cukup happy.:-)




Seperti yang aku pernah cita dalam entri sebelum ni,pada awal tahun persekolahan semasa berumur 5tahun,dia kurang minat untuk belajar.Buat homework pun liat,dalam ertikata lain..malas.Selepas beberapa bulan makan produk ni,alhamdulillah dah rajin ke sekolah,rajin buat homework tanpa dipaksa atau disuruh dan rajin belajar.Selagi homework tak siap,dia yang susah hati.Kalau kita lupa,dia yang ingatkan kita bagitau homework belum buat.Bila aku test untuk mengeja sesuatu perkataan,alhamdulillah dah mudah ingat..tak macam dulu.Sepanjang tahun ni(6tahun),alhamdulillah result test/exam kat sekolah sumanya 'cemerlang' dan 'excellent'.Syukur,syukur,syukur...;-)

Bahasa Melayu...

Pendidikan Islam.

Yang ni Qiraati..alhamdulillah setiap hari baca,tukar mukasurat..

Outstanding Achievement Award yang Adam dapat...alhamdulillahh!

Itu dari segi pelajaran,dari segi perangai dan tingkah laku lak,jugak aku dapat lihat perubahan yang makin baik.Sekarang dia lebih cool,takder lagi suka mengamuk dan merajuk tak  tentu pasal.Juga dah tak melawan macam dulu.Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Info tentang produk ni lak,sebotol ni ada 180biji boleh tahan lebih kurang dalam sebulan.Harga pun tak mahal,cuma RM39.00 sebotol.Untuk dapat lihat kesannya,kena la makan berterusan sekurang-kurangnya dua bulan.Bagi aku,demi untuk melihat anak berjaya,tak kesahla untuk spend RM39.00 ni setiap bulan.Apa laaa sangat,kannn!Lagi-lagi bila kita dapat tengok anak kita berjaya,hatipun riang gumbira,betul tak?Chewaahh..kemain lagi promote yer!hahaa..Oh ya,produk ni boleh dimakan dari umur 2bulan sampaila orang tua.Kalau mcm yang selalu pelupa/nyanyuk,elok makan produk ni.Orang yang mengandungpun boleh makan,bagus untuk baby.Oleh kerana ianya adalah produk homeopati,tak boleh disentuh dengan tangan.Selalunya bila nak bagi Adam makan,aku juz tuang dalam penutup tu,then suap ke dalam mulut Adam...senang!hehe..Lagi satu,oleh kerana produk ni takder side effect,kita terrr makan lebih dari sukatan yang ditetapkan pun,takder masalah.

Nilaa produk Genius Xtra tu..

Keratan akhbar pasal produk ni...


Kalau ada sesiapa yang berminat untuk tau pasal produk ni dengan lebih lanjut,bolehla tinggalkan mesej yer.

Dibawah ni takder apa,cuma beberapa gambar Adam sebagai penyeri entri aku kali ni..hehhe!Babai u uollsss!;-)



Congrats Adam...;-)


Our Family..

Proud Mummy!;-D




No comments:

Post a Comment