Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Sunday 23 December 2012

:: Dilema-Sekolah Kebangsaan,Sekolah Cina dan KAFA! ::

Semalam adalah hari yang sangat-sangat menggembirakan aku bila dapat tau yang Adam dapat masuk kelas pertama untuk Darjah Satu nanti.Penempatan kelas ditentukan selepas menjalani Diagnostic Test.Seperti yang aku pernah citakan dalam entri sebelum ni,Adam dahpun selamat menjalani Diagnostic Test tempohari.Aku dan hubby happy sesangat.Mana tak happy,daripada 10 kelas yang ada,anak aku berjaya dapat masuk kelas yang pertama.Syukur alhamdulillah.;-)

Pada awalnya aku nak hantar Adam ke sekolah Cina bila masuk Darjah Satu nanti,so masa belajar kat Q-Dees aku dah ambik subjek Mandarin siap-siap untuk Adam.Tapi malangnya 3bulan pertama belajar Mandarin ni,aku nampak dia kurang berminat.Setiap kali ada homework,macam liat jerr nak siapkan homework tu.Pastu bila tanya apa-apa pasal subjek ni,sumanya dia cakap tak tau.Kitorang nak mengajar,of course la tak boleh kaan!Apapun kitorang tak tau dan tak paham.Kalau nak tau...subjek ni homework agak banyak.Kalau cuti sekolah tu,adala dalam 10 mukasurat.Dah la tulisan mandarin ni berbelit-belit..mau tergeliat urat jari dibuatnya...hehehe.Kalau dah tak minat tu,setiap kali suruh siapkan homework,dia refused.Nak tak nak,terpaksa laa aku @ hubby(tengokla sapa yang free sebab keje kitorang ni kan tak tentu masa macam orang lain),pegang pensil dan tangan dia supaya dia tulis setiap perkataan tu.Adam ni bijak,dia juz pegang jer pensil tu,tapi langsung tak gerakkan tangan dia.Lastly kitorang la yang terpaksa tulis setiap satu perkataan tu untuk dia.Nampaknya kitorang la yang sebenarnya buat dan siapkan homework Mandarin tu.Lama kelamaan kitorang dah tak tahan..setiapkali nak buat homework,setiap kali tu kitorang kena paksa dan kena marah dia.Kalau tak tu,konfem tak siap homework.Kitorang pegi sekolah,bagitau Principle yang kitorang nak tukar subjek.Instead of subjek Mandarin,kitorang tukar ambik subjek Arts lak sebab Adam minat Arts.Hmmm,nampaknya harapan kitorang untuk hantar Adam ke sekolah Cina tak kesampaian.Apa boleh buat,kita takleh paksa anak kita mengikut kehendak kita kalau dia dah tak minat,betul tak?;-(

So,last minit kitorang terpaksa apply sekolah lain.Sebenarnya awal-awal lagi kitorang dah register Adam kat sekolah Cina yang berdekatan dgn rumah.Since dah jadi macam ni,terpaksa tukar sekolah kebangsaan.Setelah bincang dgn hubby,kitorang pilih sekolah yang paling dekat dgn rumah iaitu S.K.Taman Putra Perdana 1.Actually area rumah kitorang ada beberapa sekolah sebab penduduk kat sini agak padat.Ada lagi satu sekolah iaitu S.K.Taman Putra Perdana 2.Yang ni sekolah baru sebab sekolah PP1 tadi dah terlalu ramai student.Location pun agak jauh sikit dari rumah kitorang.

Sebenarnya sekolah terbaik kat area rumah kitorang ni ialah S.K.Cyberjaya.Walaupun dengar Cyberjaya tu mcm jauh tapi hakikatnya takder la jauh sangat sebab ada jalan shortcut untuk kesana.Dalam 10minitpun dah boleh sampai tapi disebabkan keje kitorang yang tak menentu(agaaiiinnn..sighhh),terpaksa lupakan hasrat tu.Untuk ulang alik ke sekolah memang takde masalah sebab boleh ambik van atau bas sekolah tapi kalau ada aktiviti ko kurikulum sekolah,sapa plak yang dapat hantar atau ambik Adam nanti.Hmm...Untuk sedapkan hati,apa-apa sekolah pun tak kesahlaa yang penting anak kita rajin belajar.Kalau malas belajar,dok sekolah terbaik pun tak guna jugak...(ayat memujuk hati..huhuhu!!). 

Kitorang jugak bercadang nak antar Adam masuk sekolah KAFA,yang pakai uniform hijau/putih tu.Yang nipun sama,awal-awal lagi dah register tapi bila dapat info dari kawan-kawan yang sekolah tu masih baru dibuka,cikgu pun tak cukup sedangkan student ramai,pastu result sekolah anak-anak diorang pun tak berapa bagus sangat..kebanyakan dapat markah 'merah',ngeri lak aku dengar.So aku lupakan saja niat tu.Senang maintain jerla kat sekolah agama Az-Zuhdi yang Adam belajar sekarang.Sekolah agama Az Zuhdi ni kalau selagi kita belum lepas certain level yang ditetapkan,selagi tu tak boleh up to the next stage.Tak macam KAFA,pandai tak pandai,tau tak tau,paham tak paham,cikgu tak kisah janji syllabus abis covered.Itu kata kawan-kawan akulaa..Sejauhmana kebenaran,aku tak pasti.

Pikir punya pikir,aku dan hubby sepakat untuk antar ke sekolah kebangsaan jer.Tahun 1 sesi petang,so pagi bolehla Adam gi sekolah Az-Zuhdi.Malam dia boleh buat homework dan aku akan pastikan dia tido awal supaya fresh untuk ke sekolah next day.Kalau aku antar KAFA,Adam akan penat,pagi sekolah KAFA,petang gi sekolah kebangsaan dan malam Az Zuhdi.Aku tetap nak maintain Az Zuhdi sebab sekolah ni bagus,kat sini suma dah covered,Qiraati,bahasa  Arab,Tauhid,Fekah,belajar sembahyang dan lain-lain.Masalahnya kelas ni untuk sesi malam abis kul 10mlm,agak lewat untuk seorang student,takut Adam ngantuk kat sekolah nanti.Lagipun bila masa dia nak homework sekolah lak nanti..tu belum masuk ko-kurikulum sekolah lagi.Hmmm..lagipun Adam baru Darjah 1.Aku rasa sekolah kebangsaan dan Az Zuhdi tu pun dah cukup.Tak nak push sangat,takut nanti dia penat nak lari sana sini. Kalau dah penat,susah jugak untuk dia fokus dalam pelajaran.

Apapun ini adalah pendapat peribadi aku.Maybe ada parents kat luar sana ada pendapat lain utk anak masing-masing.Apa yang penting,anak kita dapat belajar dengan baik dan berjaya dalam pelajaran,itu lebih penting.

Lastly,doa mummy semoga Adam akan berjaya dalam pelajaran nanti.Terima kasih sebab telah membuatkan mummy dan daddy bangga dengan Adam.We luv u!Muaahhhsss...;-D


Sebelum ke sekolah untuk Diagnostic Test....pose dulu dengan atuk,opah dan Adeeb!

S.K.Taman Putra Perdana 1...

Diagnostic Test...daddy jadi paparazzi!hihiihii...


Orientasi...

Kelas A ni temporary class..

Adam dan daddy!;-)






No comments:

Post a Comment