Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Friday 8 March 2013

:: Fashion Alert!! ::

Kalau kita nak terlalu mengikut fashion yang sering betukar ganti,memang tak terkejar lerr jawabnyaa.Once dah abis setiap satu trend,datang trend baru.Itu sebab aku tak berapa suka beli pakaian yang mahal-mahal,sebab bagi aku bila beli mahal-mahal..then bila trend tu dah abis,design tu dah dikira outdated.Tau jerlaa trend pakaian perempuan ni selalu berubah-ubah.

Sebenarnya aku adalah seorang street fashion lover..sama macam my idol Sazzy Falak(chewaahh..hihii).Bila masuk ke kedai berjenama,jarang aku shopping(unless aku betul-betul suka baru beli) sebab aku tau aku boleh dapat design yang ala-ala sama tapi dengan harga yang jauh lebih murah dan lebih fancy.Kalau beli pun just basic shirt/pant jer utk mix and match dengan baju-baju lain nanti.Tapi kalau pegi ke bazaar-bazaar yang banyak jual pakaian street fashion ni,hmmm konfem rambang mata.Walaupun niat tak nak shopping sekalipun,biasanya aku takkan pulang dengan tangan kosong.Hmmm nasib baik la taste aku yang gini-gini ni jerr..kalau tak,mau kopak poket nak membeli barang-barang branded macam orang lain.;-D

Antara trend yang tengah 'in' sekarang selain daripada army/camou print,moustach,skull dan union jack print adalah antara design yang tengah hangat dikalangan penggemar street fashion sekarang.Tapi kalau nak tau,walaupun aku macam ni,tak semua trend aku akan suka dan akan ikut beli.Tengok yang mana sesuai dengan aku laa.Contohnya kasut heels yang tinggi bagai  yang tengah hot sekarang ni,walaupun meleleh air liur aku tengok orang pakai cantik,tapi kalau aku rasa tak sesuai dengan aku yang beranak kecik ni,aku takkan beli.Dulu asal nampak orang pakai cantik,mesti nak beli tapi end up pakai laa sekali..pastu kasut tu dok diam-diam dalam gerobok tak berusik.Flat shoes adalah paling sesuai dan comfortable untuk aku pakai.;-D

Lagi satu trend kasut sekarang yang tengah 'in' sekarang ni ialah spiky shoes.Nipun aku berkenan sangat-sangat tapi aku rasa tak sesuai dengan aku yang beranak kecik ni..umpama benda tu 'dangerous good' untuk anak-anak aku yang masih kecil ni.Begitu jugak dengan baju yang ber studded tu,takleh la aku nak pakai.Kang ada yang tercucuk mata anak aku nanti,sapa nak jawab...hahaa!

Cuma ada satu design yang tengah popular sekarang tapi aku tak minat dengan design tu iaitu tribal print.Tak tau kenapa mata aku tengok design ni tak cantik..hehe!Biasala,dimata kita macam tak cantik tapi cantik lak di mata orang lain,betul tak?Masing-masing ada taste tersendiri dalam berfesyen.

Cukup dulu aku merepek pasal fesyen kali ni.Apapun semua yang aku citakan kat sini adalah pendapat peribadi aku.Lain orang,lain plak pendapat,kan?Di bawah ni ialah gambar-gambar untuk menyerikan entri aku yang tak seberapa ni...U all take care k!Daaa...muaahhss!;-D


Skull Print...





Army/Camou Print..





Moustache Print..





Union Jack/British Flag Print..




Studded/Spiky Hairband..yang ni aku berani pakai.Takderla membahayakan baby sebab pakai kat kepala..;-D

Oooooo yeaahhh...:-D




No comments:

Post a Comment