Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Monday 1 October 2012

My Akad Nikah..(Kenangan 9tahun dulu)!;-D

Semalam aku and Mr. Suami dijemput ke 'majlis akad nikah' sedara(belah hubby) kat KL.Majlis dibuat kat sebuah masjid berdekatan dgn area TUDM lama tu..Dah lama aku tak pegi majlis akad nikah macam ni..selalu pegi kenduri kawin jerr.Seronok jugak tengok,lagi-lagi gelagat pengantin lelaki yang muka macam tengah 'suspen' jerr.Yerlaaa...nak lafaz akad nanti,of course la panik dan risau,betul tak?hehee..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..dengan sekali lafaz,diorang dah sah sebagai suami isteri!;-)

Sepanjang berada dalam masjid ni,tetiba kenangan masa aku akad nikah 9tahun dulu terbayang-bayang di fikiran.Alangkah manisnya kenangan tu,tersenyum sorang-sorang dibuatnya...hehe!Tapi ada satu yang aku 'pelik' dengan diri aku ni,kalau orang lain sebaik sahaja lafaz akad nikah selesai,mesti nampak pengantin perempuan akan mengalirkan air mata.Sedih dan sebak agaknya sebab dah sah jadi isteri orang.Berlainan lak dengan aku,langsung tak kuar air mata..tak 'touching' kerr eekkk?Pelikk..pelikkk!Perasaan aku macam biasa-biasa jer..gembira tu of course laa gembira tapi entahlaaa!Tak taulaa nak cakap apa...Tapi aku dapat tau dari adik aku,papa yang dalam diam mengalirkan air mata..huhuhu!Sedih lak aku dengar bila adik aku cakap macam tu...'Walaupun kak long dah kawin,kak long tetap sayang papa dan mummy,ok?':-(

Alhamdulilllahhh,dengan sekali lafaz jerr,pada 21hb Februari,2003,aku dah sah menjadi isteri kepada Mr. Mazlan Norman,alhamdulillahhh!Sedar tak sedar,dah hampir 9tahun lebih(Februari next year genap 10tahun) kami melayari bahtera sebagai suami isteri walaupun terpaksa menempuh segala badai dan 'tsunami' dalam rumahtangga kami.Biasalaa,,mana ada rumahtangga yang tak diuji olehNya.Cuma kita mestila tau macamana nak handle segala masalah @ dugaan yang datang dan pergi.Kitorang akan cuba selesaikan setiap masalah sebaik mungkin selagi mampu. Semoga ikatan perkahwinan kami akan kekal hingga ke hujung nyawa,insya'Allah aminnnn!

Okla,aku ada selitkan sket gambar-gambar masa majlis akad nikah kami yang serba sederhana kat sini.Sori gambar takderlaaa secanggih generasi sekarang kawin...sekarang kalau kawin,siap ada Pre-Wedding photo session lagi,kaannnnn!Keerlaass tauuu..jeles haqaq!hehe..Gambar-gambar lama laa katakann,so kalerpun dah bertukar jadi 'kelabu asap'..hehhe!Nipun aku dah try edit bagai nii...Enjoyyss!!!;-D


Ni masa kat masjid semalam...Adam yang tolong ambik gambar ni!;-D

My chinta hati....luv u sayangggg!;-D

Uiikkss...tadi happy,sekarang dah serius!Tengah suspen yerr...;-D

Tengah standby utk lafaz akad nikah!Good Luck Luv!;-D

Control macho kot yerr?hhehehe...

Alhamdulillahhh...sekali lafaz jerrr!Cayalaahhh...;-D

Sign surat lafaz taklik rasanya.!Kerrr surat persetujuan untuk nikah?Lupaaa daaa...;-D

Alhamdulillahhh..sesi bergambar,acara batal air sembahyang kot!;-D

Bertukar-tukar cincin...;-D

Hmmmm..kalau nak tau,tok imam ni bapak kepada penyanyi Farah yang pernah famous dgn lagu Bagaikan Puteri satu masa dulu!Tapi dun play-play..strict  dan serius bangaattt yerr..;-D

Me and papa tersayang yang setia menunggu disebelah...luv u papa!

Sebelum berangkat pulang...posing jap!;-D

Masa ni dah kat umah..bergambar bersama barang2 hantaran!;-D


Alhamdulillah...Mr. and Mrs. Mazlan!

I'LL ALWAYS LUV U FOREVER AND EVER SAYANGGGG!Muaahhhss....;-)

Sekian..Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment