Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Tuesday 25 September 2012

Nak Anak Putih?;-D

Biasalaa bila dah preggy ni,orang cakap kalau nak anak putih..kena laa banyak minum air soya.Entah betul ke tidak,aku tak pasti sebab masa mengandungkan Adam dulu langsung aku tak minum air soya mahupun susu sebab alahan/muntah-muntah selepas minum.Tapi alhamdulillah bila Adam lahir,kulitnya agak cerah.Lagi putih dari aku ni haaa..Pun ada orang cakap masa mengandung jangan makan kicap kalau nak anak putih,tapi masa mengandungkan Adam dulu setiap hari aku makan buah-buahan ber 'cicah' kan kuah rojak tu..especially buah jambu batu yang tak de bijik tu..hmmm yummy sangat2.Kalau mengadap buah jambu tu,1 pinggan tu aku boleh abiskan sorang-sorang sampaikan hubby terkejut tengok,sebab kejap ada..kejap takde,liciinnnnn!hahaha...Tapi memang masa 1st pregnancy dulu aku makan banyak buah..apa-apa buahlaa..epal,oren,jambu,pear,lai,anggur..macam2laahh!Kalau gi pasar malam tu,hmmm segala buah kitorang borong,penuh satu fridge.Pregnant kali ni kurang lak makan buah,tapi aku amalkan makan kismis,madu,almond dan kurma.Dulu tak makan sebab tak tau kebaikan makanan ni untuk baby dlm perut.Sekarang dah tau,tu yang aku try amalkan sepanjang mengandung kali ni.Lagipun dalam Islam memang ada sebut kebaikan makanan minda ni suma..

Terserah pada kita nak percaya atau tidak dgn petua2 lama ni.Selagi tak bertentangan dgn agama,aku rasa tak salah kalau kita nak ikutkan?Apapun tujuan aku tulis entri ni bukan pasal anak putih ke tidak,tapi lebih kepada untuk share resepi homemade air soya.Saja buat tajuk bagi gempak sikit...!;-D

Alhamdulillah pregnant kali ni aku tak 'alah' dengan susu dan air soya ni.So apalagi,awal2 mengandung dulu aku borong banyak2 air soya dan susu,dengan 'harapan' nak anak berkulit putih la ni konon..hehhee!Tapi dah dekat2 penghujung ni,gula dalam darah agak tinggi la plak..so aku tak berani lagi nak beli air soya dalam kotak tu sebab rasanya agak manis.

Kebetulan adalaa sorang kawan baik aku ni suggest buat air soya sendiri(homemade).Dalam hati...Waahhhhh menarik nii!hehehe..Dia cakap kalau buat sendiri lagi 'pure' dan kita boleh kurangkan gula dalam air tu.Betul jugak kata kawan aku tu,walaupun kat kotak tulis 'kurang manis',tapi rasanya tetap manis.So dia ajar aku step by step cara2 utk buat air soya sendiri.Senang jerr rupanyaa..1st time buat hari tu,aku blend sampai betul2 hancur kacang tu,dahhhhhhh masa minum,tu diaaa....terasa pulak serdak-serdak nya tersangkut kat tekak ni walaupun dah ditapis....minum sampai terbatuk-batuk dibuatnya...hihiihi!Tapi rasanya sedappppp..lagi sedap daripada yg jual kat kedai tu(pada pendapat akulaa).Aku letak gula pun sikit jerr..agak2 manis-manis buah..so takdela manis sangat.

2nd time buat,aku tak der lagi blend sampai hancur kacang soya tu..blend kasar2 jerr!Kalau ada sesapa berminat nak tau macamana cara2 nak buat air soya ni,aku tunjukkan cara2nya kat bawah ni..Menurut kawan aku tu,air soya ni boleh tahan sampai 2hari jer.Maybe sebab buat sendiri,kita tak masukkan bahan pengawet kann..so takde la tahan lama.Nanti bila dah siap,sejukkan dalam fridge..hmmmmm lazat!Sampaikan hubby pun berebut nak minum dengan mak buyung ni,dia cakap sedap!Aaaiii...ni sapa yang pregnant ni?;-D

Sebelum berundur,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada my BFF(Aida Azmira)sebab sudi share resepi ni!Caayaanggg kau!Muaahhhsss...Selamat mencuba yerrr!;-D


Inilaa kacang soya..aku beli kat Giant bahagian kacang-kacang tu!Murah jer pun harga sepaket!;-)


Firstly,basuh dulu kacang ni bersih-bersih then tapis dan masukkan dalam periuk.


Rendam kacang ni semalaman sampai laa esok pagi....nak bagi kacang ni kembang dan lembut.


Next day, blend kan kacang ni kasar-kasar..jgn terlalu lumat/hancur!

Tapis kacang tadi untuk dapatkan susunya...


Last step,masak susu soya ni atas api sederhana.Then masuklaa gula sikit ikut sesedap rasa.Kalau rasa nak manis,letak la gula lebih.Tadaaaa..nilaa hasilnyaa!Susu kacang soya hoccayyyy...sebijik macam yang jual kat kedai tu tapi lagi fresh dan berkhasiat!

SELAMAT MENCUBA!;-D

No comments:

Post a Comment