Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Thursday, 18 October 2012

:: Kisah 'Kain Batik' ::


Sapa yang 'pandai' pakai kain batik,sila angkat tangan!Dan sapa plak yang 'tak pandai' pakai kain batik,sila angkat tangan..hehehhee!Hmmm..akupun tak pasti kategori mana paling ramai..Korang rasa?Okay,entri kali ni aku nak bercerita tentang kain batik,nak tau kenapa?Sebenarnya tetiba dapat idea ni sebab aku kan memerlukan kain batik bila nak berpantang nanti.Kalau korang nak tau,eheemmmm(pecah rahsia)...sebenarnya aku sehelaipun takde kain batik dlm collection kat umah ni,hihihiihi!Agak-agak ada tak geng kat sini?;-D

Dulu masa berpantang selepas lahirkan Adam,aku berpantang umah mummy,so of course la kain batik mummy yang jadi mangsa.Tapi kali ni disebabkan masa berpantang nanti,Adam masih lagi bersekolah,so no choice..terpaksa laa berpantang kat umah sendiri.Kalau tak nanti sapa nak tengok-tengokkan Adam pegi/balik sekolah.Baru-baru ni aku balik umah mummy,dengan 'muka tebal'nya aku mintak nak pinjam mummy punya kain batik.Dapatlaa pinjam 2,3 helai..hehheheh!Makasih mummy...;-D

Sebenarnya tak pernah terpikirpun kepentingan kain batik ni  sampailaa bila tiba saat-saat(berpantang)macam ni,baru aku sedar pentingnya ada sehelai dua kain batik kat umah.Terukkan aku ni?Kalau baju2 lain,laju jerr membeli sampaikan almari dah melimpah-limpah dengan baju,dah takleh tutup almari tu dibuatnya...;-D

Tapi jangan terkejut,walaupun aku macam ni..aku tetap pandai pakai kain batik hoccayy?Pendek kata kalau gi rumah mertua tu,kalau terpaksa @ dipaksa pakai..tak malulaaa,tau jer apa nak buat!hehee..Sebenarnya kalau kat umah,memang dari dulu suma adik beradik kitorang tak pernah pakai kain batik(kecuali mummy),suma pakai seluar jerr..senang nak bergerak,betul tak.Tapi disebabkan kitorang dibesarkan di asrama dari form 1 sampailaa form 5(dulu sekolah kitorang ada hostel),so disitulaa tempat kitorang belajar berkain batik dari kawan-kawan sebab kebanyakan budak-budak hostel pandai pakai kain batik.Bagus jugak dok hostel ni kan?Rasanya kalau tak dok hostel,sampai sekarang belum tentu pandai pakai kot!;-)

Baru-baru ni mak mertua aku datang bermalam kat umah sebab kebetulan next day dia ada appointment doktor.Kebetulan lak dia tak bawak kain batik dari rumah,so nak pinjam aku punya kain batiklaa kononnya.Dengan muka 'selamba' sambil tersipu-sipu malu aku jawab,aku takde kain batik..kwaangggg kwaanggg kwaanggggg!Malunyaaaa...huhuhuu!Mak mertua aku cakap,takleh laa mcm tu..at least kenalaa standby sehelai dua.Halaammmakk!Dapat sebijik kat atas muka aku ni...sib baik mak mertua aku cakap elok-elok!;-D

Semalam mummy datang bermalam temankan aku sebab hubby keje,takutlaa tetiba aku nak 'terberanak' lak,at least papa ada boleh tolong bawak gi hospital.Tetiba mummy cakap adik aku,Ayang belikan kain batik utk aku..'owwhhh myyyy englisshhhh'!hahaha...tau ajeerr kakak dia tak de kain batik!Memahami sungguh..So,gambar kat atas tulaa kain batik pemberian Ayang.Makasih lerrr bebanyak yerr..Kak long dah ada sebab dah 'pinjam' mummy punya tapi dia cakap just standby  jerlaaa!;-D

Okayylaaa,itu saja kesah kain batik yang aku nak cita utk kali ni.Apa yang tak elok jangan diikut yerr..insya'Allah panjang umur aku akan update lagi dengan entri lain lak selepas ni.Aku masih lagi menghitung hari menunggu baby kuar..setiap malam tido tak lena dan setiap masa jugak dalam hati ni tak putus-putus membaca ayat/doa supaya mudah bersalin,'takut' punya pasal..huhuu!Harap-harap laa semuanya dipermudahkan..aminnn!U all take care tau!daaaaa...;-D





No comments:

Post a Comment