Salam semuaa...semasa mengarang entri ni,kandungan aku dahpun hampir 39minggu,berat baby 3kg dan berat aku lak masih maintain 52kg.Masa lahirkan Adam dulu,berat Adam 3.18kg dan berat aku lak 53kg.Nampaknya kali ni tak banyak beza.Alhamdulillah kandungan tak besar sangat so doktor cakap aku boleh bersalin normal,insya'Allahhh!Last 2days adalah my last check up kat hospital.Pasni takde lagi follow up appointment,just tunggu masa bila ada bleeding atau contraction,standby jer utk bersalin anytime.Pheewwww...sungguh mendebarkan dan menakutkan aku.Setiap kali ada macam rasa sakit perut,mesti suspen..:-(
Okay..berbalik kepada tajuk dia atas lak.Alhamdulillah mengandung kali kedua nipun perut aku takde kesan stretch mark.Syukur sangat-sangat.Sebenarnya banyak kat pasaran yang jual minyak utk hilang/kurangkan kesan stretch mark ni.Pilih jer mana yg berkenan ye tak?Dulu aku sapu minyak Jojoba(lupa lak nama brand tu..)tapi puas cari merata kat farmasi tak jumpa.Dah discontinue ker apa?Aku suka brand tu sebab setiap kali lepas sapu kat perut,minyak tu akan meresap ke dlm kulit dan takde lagi rasa melekit.Disebabkan tak jumpa yang tu,aku ternampak lak iklan Bio Oil ni kat dlm magazine.Katanyer boleh menghilangkan hampir 99% kesan regangan..waahhh 'terpegun' jap aku dgn kata-kata iklan tu.Pegi farmasi,tanpa pikir panjang terus beli.
Sebenarnya aku pernah guna bio oil ni sebelum brand ni sampai ke Malaysia.Masa tu aku still busy fly ke overseas.Disebabkan perubahan cuaca especially winter,kulit aku bersisik dan kering sangat-sangat.Bila apply bio oil ni,alhamdulillah sangat2 berkesan sebab teksturnya yang melekit-lekit dan berminyak-minyak,kulit aku takde la kering lagi.Tapi aku rasa hanya sesuai utk time winter jer la kot,takpun sesuai utk dipakai ditempat-tempat yang ber 'air cond',sebab dengan cuaca kat Malaysia yang panas n humid ni,memang aku rasa tak sesuai.Setiap kali apply,rasa melekit-lekit,tu buatkan aku rasa rimas sangat..tak selesa.Tapi apa boleh buat,aku dah beli...botol besar lagi,terpaksa laa guna sampai abis.Nipun ada suku botol lagi,rasanya tak sempat abis pun sebab akupun menunggu hari jer ni.Silap-silap esok lusa bersalin..hihihi!Lagipun aku beli minyak ni pun selepas aku abis 'tempoh mabuk'(masa tu 4bulan pregnant).3bulan pertama tu,aku mabuk 'tahap dewa'..makan minumpun tak terurus sebab muntah manjang,apatah lagi aku nk membelek-belek manja perut aku ni.Takde masaa...dan tak kuasaaa!hehehe..
Walaupun aku kurang suka dgn tekstur minyak ni,tapi aku harus puji hasilnya.Memang betul seperti apa yang di iklankan,alhamdulillah perut aku langsung takde kesan stretch mark walaupun perut aku besar yang amat(tak padan dgn saiz badan..huhuu).Hubby la orang pertama yang perasan perut aku langsung takde stretch mark sebab aku sendiripun tak perasan(waahhh sukaaa haqaq..hehee),begitu jugak nurse yang pernah check perut aku.Nurse tu siap tanya minyak apa aku pakai.(kebetulan nurse tu pun perut boyot jugak).;-D
Kesimpulannya,walau apapun aku 'komplen' pasal produk ni,aku memang akui produk ni sebenarnya bagus.Kalau ada yang nak try bio oil ni,boleh la try sebab hasilnya memang 'superb' sebab dah memang terbukti pada aku.Lastly take care semua..kalau rajin(dan perut ni blm meletopp) aku merepek lagi di entri yang lain lak yer.Daaa....;-D
Saki baki yang tinggal..
No comments:
Post a Comment