Untuk pengetahuan semua,aku baru jer antar Adam bersekolah kat sekolah agama Az Zudin(area rumah ni jerr) seperti yg aku citakan dlm entri aku yang lepas.Sebelum ni aku juz antar Adam mengaji dgn my neighbour yang kebetulan adik ipar dia datang umah ajar anak-anak dia 2kali seminggu,so Adam tumpang menyelit laa.Tapi bila ustaz tu dah busy,dia dah tak dapat datang lagi mcm selalu.Nampaknya aku terpaksa tukar plan B lak..kena cari tempat mengaji baru untuk Adam.Kebetulan my fren ada pernah antar anak dia mengaji kat Az Zudin ni(dia cakap ok tempat tu),so aku antar jerlaa kat situ.
Ada dua sesi ptg(3pm-5pm) dan malam(8pm-10pm)-2jam setiap hari kecuali weekend dan public holiday..kitorang pilih petang sebab 'in case' nak kuar jenjalan ker,bolehlaa kuar selepas Adam abis kelas,senang!Kat sini diorang ajar mengaji(iqra'),juga menulis jawi,ajar ambik wudhu' dan jugak ajar cara2 sembahyang.Sebelum balik,diorang akan sembahyang Asar beramai-ramai.Yuran lak dlm RM50.00 sebulan,transport rm35.00 sebulan.
Nilaaa sekolah baru Adam..Az-Zuhdi,Putra Perdana!;-)
1st day..excited!;-D
Masa 1st day dia gi sekolah,aku keje so tak dapat tgk gelagat macamana gelagat dia dan jugak siapkan dia gi sekolah.Bila balik sekolah,baru jumpa dia.Bila tanya macamana sekolah baru,dia cakap 'besstt' sebab ada Helmi dan Niqa.Rupanya Helmi('best friend' dia dlm class kat Q-Dees) dan Niqa(jugak classmate dia kat Q-Dees)pun belajar kat sekolah Az Zudin ni.Hmm..patutlaaa!Ada geng rupanya!;-D
2nd day..tgh tunggu van!;-)
2nd day,pas balik sekolah,terus tanya kul berapa dia kena bersiap utk gi sekolah agama lak.Masa tu dlm kul 1.30pm.Bila aku cakap dlm 2.45pm,terus nak bersiap mandi.Padahal baru jer balik dari sekolah Q-Dees..Jangan awal2 jer semangat Adam..dlm tgh tahun,mood dah 'ke laut'...hehehe
Pose maintain walaupun berkopiah..;-D
Masa 2nd day tu pulak,van datang lambat..punya laa Adam resah gelisah takut van tak datang ambik dia,siap paksa aku gi antar dia dgn keta ke sekolah.Begitulah semangat Adam dgn sekolah baru dia.Bila tanya sekolah mana lg bestt..Q-Dees ker,sekolah agama.Jawapannya sekolah agama...alhmadulillahh!Sejuk ati mummy dengar.;-)
Kalau ikutkan,aku antar sekolah ni pun dah lambat,dah Februari pun.Tapi tulaa.. aku dan hubby busy manjang..nak tunggu off day sama sangatla susah.Nipun hubby pegi jugak register sorang2..aku tak ikut sebab keje.Kalau nak tunggu aku off sama juga,alamatnya entah bila la dapat register.
Semalam,kitorang singgah ke Sek.Keb.Putra Perdana jap submit borang utk register Adam kat sekolah tu next year.Application sekarang semuanya melalui 'online',kan?Susah betul..ingat zaman aku kecik2 dulu mummy aku cakap gi sekolah bagi i/c jerr..dah boleh register.Zaman dah berubah..Kitorang yg 'buta IT' ni terkial-kial la gi cari CC utk isi borang dan print kan sekali application tu.Abis tu kalau org2 kampung yg tak reti komputer ni macamana diorang apply agaknya eekk?hhmmm..musykil jap!
Masa on da way balik,kitorang ternampak lak satu sekolah agama(sekolah agama jugak tapi sekolah kebangsaan under JAIS) utk sekolah rendah yang baru bukak kat area umah kitorang tu.Terdetik hati dgn hubby nak singgah tanya macamana prosedur kalau nak antar Adam ke sekolah ni lak.So,dlm ujan renyai2 tu,hubby lari jap gi ofis sekolah tu.Katanya sekolah ni tak besar sangat,so pengambilan 'limited'.Kalau nak apply,kena cepat2 apply sebab 1st come,1st served.
Form sekolah agama (kebangsaan) utk standard 1 next year..
Sebenarnya pada mulanya aku kurang faham,yang ni sekolah agama apa lak...Bukan ker dah antar adam sekolah agama Az Zudin ker?Kata hubby,sekolah Az Zudin tu adalah sekolah tak formal(persendirian),umpama tempat kita belajar mengaji Al-Quran laa...bukan sekolah kerajaan.Sekolah yg ni adalah under JAIS(kerajaan) dan khas utk budak2 sekolah rendah dari Standard 1-6.Kat sini ada subjek Agama Islam dan Arab.Tu sebab budak2 pakai uniform.Macam kat Az Zudin tu takde uniform.Owhhh..pulaaakkk!hehehe..Pening jap..sekarang baru aku faham..Maklumlaa anak pertama,that's why 'jahil' sikit bab-bab persekolahan ni!huhuhu..
Hmmmm nampaknyaa pasni Adam dah betul2 belajarla yerr..pagi sekolah kebangsaan,ptg sekolah agama,mlm lak belajar mengaji..tu blm masuk tuisyen lagi(kalau perlu).So sekarang ni,Adam enjoy la sepuas-puasnya dgn zaman kanak-kanak..dah masuk standard 1,dah betul2 kena fokus dgn pelajaran..Akupun dah susah nak merayau nanti,nak kena tunggu Adam cuti sekolah baru boleh jenjalan.Kalau Adam kecik2 dulu,anytime boleh kuar..hmmm takpelaaa 'sacrifice' utk anak.Janji anak berjaya dunia dan akhirat kan?Takde apa yg aku dapat bekalkan pada Adam kecuali 'ilmu' di dada.Yerlaa..nak bagi 'harta',aku ni bukanlaa berharta sangat.Hidup seadanya..apapun aku bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi pada aku dan family selama ni.Yang paling penting keluarga bahagia dan diberikan kesihatan yang baik.Insya'Allahhh...;-)
Nampaknya itu sahaja coretan aku utk kali ni..Insya'Allah aku akan muncul lagi dgn entri yg baru.Idea tu memang banyak tapi masa tu yang tak begitu mengizinkan.Lastly u all take care k!Happy Weekend uollss...;-D
Psst: Owhhh..Baru perasan my 1st entry for this month...;-D
Psst: Owhhh..Baru perasan my 1st entry for this month...;-D
No comments:
Post a Comment