As salam semua..kali ni aku nak cita pasal kunjungan aku ke Colmar Tropical,Genting Highlands beberapa hari lepas bersama family.Sebenarnya dah lama aku teringin ke sini tapi hubby mcm tak berminat..ada jerr alasan walaupun dah beberapa kali aku bagitau keinginan aku ni.;-(
Kebetulan kitorang ada gathering bersama family kat Genting View Resort,dah tak berapa jauh dari sini,aku 'paksa' family aku datang singgah jap ke sini..notti kan?hehehe..yg jadi mangsa ialah Pak Abu laaa(husband my sis,Ayang)yang terpaksa jadi 'supir'!hahahaa...Siaannn Pak Abu yerr..Alaaa,bukan selalu pun kaannn!;-D
Perjalanan ke tempat ni jalannya bersimpang siur..sempit jerr!Memang sesuai laa namanya pun Bukit Tinggi..hmmmm memang tinggi nak naik atas.Rasa macam tak sampai2..Kalau malam,konfem tak berani ke tempat ni sebab pokok-pokok dan semak2,hutan kiri kanan kalau mlm mesti menakutkan.Terfikir aku mcm manalaa dlm hutan rimba ni diorang boleh buat bangunan cantik2 kat atas tu.Kalau bukan sebab tempat ni cantik,rasanya takde orang berani ke sini.
Oklaa..setelah berpusing-pusing naik bukit yg agak tinggi tu,akhirnya sampai jugak ke atas.Untuk masuk,dikenakan bayaran RM12.00 utk dewasa,kanak-kanak lak RM8.00.Hmmmm..boleh tahan jugak harganya yerr..dulu tk silap org cakap dlm RM10.00 jerr!
Actually Adam dh pernah datang ke sini dgn atuk,opah dan ayah su(adik lelaki aku).Masa tu dia baru umur 3tahun kot..kecik lagi.Dulukan Adam dok dgn opah atuk.Bila umur 5tahun baru balik dok dgn aku kat Puchong.Bagi aku ni 1st time laa..hmmmm nampaknya Adam ni banyak tempat dah pegi,lagi advance dari mummy.Mummy tak pernah pegi,tapi dia dah pegi.Takpelaa,jauh perjalanan,luas pemandangan kan Adam?;-)
Main entrance..
Tiket..boleh tahan yerr harganyaa!;-)
Kat tempat parking..Adam dah excited!;-)
Ada disediakan lift..
View dari tempat parking..
Bangunan tempat parking..
Happy Adamm...;-D
Konon-konon mcm kat obersi..muahaha!;-D
Opah atuk pun nak posing gak..jgn marahhh!;-D
Daku....
Luv dis pink windows..cute!;-D
Apakahhh...???;-D
Rest japp...
Adam seperti biasa buat hal sendiri..
Me and ayang..
haaiiii....;-D
Berdua jerr..daddy mcm biasa..keje!huhu
Mummy sayang Adam...;-)
Merenung masa depan..hahha
Selepas berposing sakan kat sini,Adam ajak pegi ke Japanese Garden(sumwhere kat atas bukit)tapi nak kena ambik shuttle untuk kesana.Kebetulan masa tu dlm kul 5ptg.Bila tanya staff kat situ,rupanya dah tutup.Alaaaa..awal la pulak!Baru kul 5ptg..bukan awal lagi ker?Bila dapat tau dah tutup,si Adam apalagi..frust lerr dia!Dia salahkan aku sebab sebokk nak bergambar.Haihhh...mummy lak kena marah!Aku pujuk dia next time kita datang lagi dgn daddy.Tapi masa tu mood dia dah ke 'laut' laaa..Merajuk dgn aku..hehhee!
Konon-konon nak naik shuttle..tapi dah tutup rupanya!;-(
Adam merajuk...mummy kena marah dgn Adam!huwaaa...
Adam masih mogok..tak puas ati!Sorry Adam...;-(
Itu sahaja pengalaman yang aku nak kongsikan dlm blog aku utk kali ni.Kesimpulannya(bagi aku laa)sebenarnya tak de apa yang menarik pun..Cuma bangunan2 kat sini la yg nampak mcm ala-ala kat oversea gitewww!Setakat singgah utk bergambar pastu balik..oklaaa!Adalaa disediakan tempat mainan bilik yg sekangkang kera utk budak2 main tapi yg lain2 tu setakat cafe utk lepak2,minum2..tu jerrlaaa!Kalau honeymoon couple sesuai laa kot dok tempat2 mcm ni.Sunyi and privacy...Tapi kalau nak happening..tetap kena naik Genting jugak.Anyway weather kat sini takdelaa sejuk sangat..ok ok jerr sebab tempat ni taklaa setinggi Genting tu!;-)
Apapun bagi aku,aku tetap happy.Tercapai jugak impian utk singgah ke sini walaupun sekejap.At least bila org tanya atau bercerita pasal Colmar Tropical ni,aku tau apa ada kat sini.Yang penting,masa balik,suma orang pening-pening lalat..tau jerlaa jln ke sini macamana!Kalau tadi rasa mcm lambatnyaaa nak sampai atas..sekarang lak rasa sebaliknya...lambatnyaaa nak sampai bawah!Dah tak tahan nak termuntah rasanya!Sampai ke malam,kitorang masih lagi pening-pening lalat!huhuhu..;-(
Oklaa..aku chow dulu yerr!Nanti aku update cita lain lak utk dikongsi dgn kengkawan yerrr.Salam 1Malaysia..(errr..tetiba..***)hahahah!Daaaa....;-D
No comments:
Post a Comment