Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Thursday 17 January 2013

:: Lai..Lai..Lai..RM100,Laii..Laiii!;-D ::

Tengahari tadi aku dan hubby pegi sekolah Adam untuk collect duit bantuan daripada kerajaan sebanyak RM100 untuk setiap murid.Walaupun macam tak banyak,daripada takder..kira okla tu dapat RM100,betul tak?Sapa yang anak ramai untunglaa,kalau 5orang anak,dapat RM500.Pas dapat duit,terus 'check-in' shopping mall..hahaa!Sebenarnya kalau nak diikutkan belanja untuk sorang anak sekolah lebih dari RM100.Macam Adam hari tu rasanya kitorang abis dalamRM300++.Tu baru sorang anak,bayangkan kalau ramai anak.Sekarang barulaa aku mula terfikir nasib anak-anak yang keluarganya kurang berkemampuan,macamanalaa persediaan persekolahan anak-anak diorang agaknya yerr?.Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Jangan bandingkan nasib kita dengan orang yang kaya/berada tapi bandingkan nasib kita dengan mereka-mereka yang kurang berada disekeliling kita.Berterima kasihlaa pada Allah di atas apa sahaja rezeki yang Allah bagi.Mungkin bagi kita RM100 ni berapalaa sangat tapi tidak pada mereka yang susah.;-(

Haaihhh..tetiba jadi 'penceramah motivasi' lak..hehe!Jom sambung balik cita pasal duit RM100 tadi.Semasa sampai di sekolah Adam,keta dah penuh kat kawasan sekolah.Waktu collection dahpun ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu dari kul 12tghri-2ptg.Itu suasana kat luar sekolah.Kat dalam sekolah lak,ada satu area dimana disediakan meja yang panjang untuk guru-guru bertugas  duduk disitu.Setiap guru mempunyai satu bekas plastik transparent,dalam tu penuh dengan duit RM50.00.Keerrlasss!!;-D


Semasa baru sampai...eehh eehhh mana bekas duit cikgu Adam ni?Sorok bawah meja eehh?;-D

Cikgu-cikgi...;-D

Oleh kerana semuanya disusun mengikut kelas,so senangla.Parents just pegi ke meja guru yang mengajar kelas anak kita.Kelas Adam ialah kelas pertama,so cikgu dia duduk kat meja yang paling hujung sekali.Urusan pun senang,takde laa kelam kabut dan kena tunggu lama.Dalam lebih kurang 10minit,dah siap.

Hubby cakap..'Cepatlaa sikit..ni menulis ker mengeja?',hahahaa

Sila bagi i/c yaa encik!;-D

Apapun sila tulis nama anak dulu yer encik!;-D


Yeaayyy!Alhamdulillahh..Tq Cikgu...;-D

Tapi yang bestnya,selepas dapat RM100,parents diarahkan membayar yuran PIBG lak RM25.00.Hmm bijak sungguh pihak sekolah ni.So,end up parents bawak balik RM75.00 jerlaa selepas ditolak yuran PIBG..hahaha!Sebelum balik sempat 'skodeng' Adam yang tengah beratur sebelum masuk kelas.;-D

Oklaa..seperti biasa dibawah ni aku selitkan gambar suasana kat sana tengahari tadi.Semoga ketemu lagi dalam entri yang lain insya'Allah!Babaaaiii....;-D


Caaakkkk!!;-D

Betulkan stoking lakkk!

No comments:

Post a Comment