Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Wednesday 16 January 2013

:: Kisah Familyku Dan Keropok Malinjo!;-D...:-)

Siapa kat sini yang tau dan pernah makan keropok malinjo?Keropok ni asalnya dari buah malinjo yang diketuk,dikeringkan dan akhirnya digoreng.Selepas digoreng,hasilnya adalah seperti gambar dibawah.
Untuk pengetahuan semua.selama ni aku tak pernah 'dengar,tengok dan makan' keropok malinjo ni sehinggalah aku kawin dengan my husband yang berketurunan minang.1st time try,tak boleh telan sebab rasanya kelat sikit dan tawar,tak macam keropok ikan dari Terengganu atau Kelantan tu,adalaa jugak rasa masin sikit.So bagi aku keropok ni 'tasteless' sangat-sangat.Adik aku panggil keropok ni 'keropok pahit'.;-D

Keropok ni adalah keropok favourite my husband dan familynya.Nak tak nak,suka tak suka..bila dah ada terhidang depan mata,aku makan jerrlaa.Lama-kelamaan dah jadi suka lak.Selama ni asyik makan keropok ikan,so kali ni ubah selera lak..;-D

Yang kelakarnya,dulu setiap kali family aku datang rumah,bila aku hidang keropok ni suma muka berkerut dan cakap tak sedap.Tapi jangan terkejut yerr..sekarang ni mummy dan papa pun dah suka makan keropok malinjo ni..hehehe!Papa cakap sedaaaap.Satu balang dia boleh layan sorang-sorang..hahaha!Hari tu aku goreng kedua-dua jenis keropok(ikan dan malinjo),aku yang layan keropok ikan tapi mummy leka mengunyah keropok malinjo,langsung tak sentuh keropok ikan.Aaaiiii..apa dah berlaku?;-D

Bila cita dengan dengan hubby,punyalaa dia bangga.Katanya kuat betul pengaruh minang ni rupanya.Alaaa apa salahnya bertukar-tukar selera,betul tak?At least takder la boring asyik makan makanan yang sama jerr.Even hubby pun kalau dulu tak berapa suka masakan Kelantan,katanya manis..tapi sejak kawin dengan aku,sekarang dah boleh layan nasi kerabu,nasi berlauk,nasi dagang,percik dan lain-lain.Ok la tuu!Kita kann 1Malaysia..;-D


4 comments:

  1. first time dengar nama keropok malinjo..hmm kena try ni :)

    ReplyDelete
  2. Sue, keropok ni juga dikenali Emping Malinjo, memang feberet my family dari dulu...layan plak ngan Kopi o, 434, Muar Mari...tok tuo lalu pun tok napok hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo I c..saya baru jh kenal..siaannn! Huhuu

      Delete