Okla,seperti tajuk diatas entri kali ni aku nak bercerita tentang stroller pilihan utk baby tersayang.Trend sekarang ni ialah stroller yang beroda 3,bentuk pun moden tak mcm tipikal stroller yang beroda 4.Aku bercadang nak beli satu untuk baby since baby belum lagi ada stroller.Adam punya dulu ada lagi dalam stor tapi biasalaa dah lama terperuk dalam stor tu paham-paham jer la rupanya macamana.Ditambah pulak stroller tu dah digunakan sepuas-puasnya sampai lunyai.Mana taknya,bila Adam dah 3tahun lebih barula stop pakai stroller tu.Itupun sebab Adam dah besar,dah tak muat lagi dok dalam stroller tu.Brand yang aku guna dulu ialah brand 'Graco'.
Setelah berkurun takder anak kecik,nampaknya kali ni terpaksa beli stroller baru.Reason pertama-design dah outdated dan kedua-stroller tu dah buruk dan lunyai mcm sayur..hehe!Kalau nak pakai balik rasanya tak sanggup,dah berkerak sana sini..;-D
Hari ni ialah 'Hari Mencari Stroller'.Firstly kitorang ke Sunway Piramid tapi tak jumpa kedai yang jual brand Quinny ni.Pastu kitorang 'lari' ke Empire Mall,Subang lak.Adalaa satu kedai ni namanya 'Mamour' yang jual beberapa jenis brand termasuk Quinny yang aku cari.Tapi harga selepas diskaun ialah RM1,399.00.Harga asal ialah RM1,699.00.Hmmmm..boleh tahan jugak yer harganya walaupun selepas diskaun.Stroller yang aku suka ni sebenarnya ialah Quinny Zapp Extra,sebab tayarnya tak besar sangat macam sesetengah design tu.Pastu handle dia lak jenis macam handle basikal dan reason terakhir aku suka design ni sebab boleh dilipat mcm payung.Ada satu brand iaitu Sweet Cherry.Design lebih kurang mcm ni jugak tapi handle tu tak mcm yang aku nak.Harga sangat-sangat berbaloi,cuma dalam RM300-RM400 lebih jer aku survey kat Aeon,Sunway Piramid tadi.Kalau handle tu mcm yang aku nak,harusss aku rembat tadi.;-(
Actually Quinny Zapp ni ada 2 jenis,satu Zapp biasa dan satu lagi Zapp Extra.Bezanya Zapp biasa ni 'tak sesuai' untuk newborn baby sebab seat tak leh flat(in case baby nak tido)dan jugak tak boleh recline.Harga pun murah sikit,cuma dalam RM900++ jer.Zapp Extra ni pulak,seatnya boleh 'di flat kan'(eerr..sori penjajahan bahasa) utk baby baring atau tido,jugak boleh recline.Kita jugak boleh tukar position samada nak baby facing depan atau facing kita.
Stroller sekarang ni memang canggih kan?In case kalau hujan,siap ada raincover lagi sebagai protection.Rasanya stroller dulu takder benda-benda macam ni.Tak taulaa brand lain tapi brand yang aku pakai dulu tu takder.;-)
Kebetulan sambil-sambil survey kat mall,kitorang ada jugak bukak website online yang jual brand Quinny ni..survey harga dan design.Ternampaklaa satu website ni www.onebabyworld.com yang jual brand Quinny.Selain Quinny,diorang ada jugak jual brand lain.Kat website ni jual exactly stroller yang aku nak tu dengan harga cuma RM1,199.00(harga selepas diskaun).Hmmm...menarik ni!OneBabyworld ni ada 3 branch(Ulu Klang,Bdr.Sri Permaisuri dan Shah Alam).Kitorang try call setiap branch untuk check produk ni sebab ada branch produk ni takder stok,ada branch yang ada stok tapi kaler yang kitorang nak takder lak.Nasib kitorang baik sebab branch kat Bandar Sri Permaisuri,Cheras ada stok dan ada kaler yang kitorang nak.Itupun tinggal satu tu jer,last piece katanyerr.Apalagi,dari Subang,terus kitorang 'lari' ke Cheras lak.Sib baik hubby 'pakar' dengan jalan-jalan kat area KL ni,so dia tau jalan mana yang paling cepat dan dapat elak dari jem.
Bertolak dari Subang jam 6.10ptg,alhamdulillah dalam 6.30ptg kitorang dah sampai Cheras.Nasib baik sempat sebab kedai tutup jam 7ptg.Apapun aku rasa berbaloi sangat-sangat beli stroller ni sebab dapat diskaun dalam RM500 daripada harga asal.Oh ya,untuk pengetahuan,OneBabyWorld ni,selain daripada menjual stroller,kat sini jugak ada menjual segala bagai barang-barang baby,peralatan mcm breast pump,toys,pakaian baby dan lain-lain.Kalau nak tau lebih lanjut,bukak la website diorang nanti.Mesti rambang mata dibuatnya..heheh!Aku suka konsep kedai dia sebab bila masuk kedai ni,rasa macam kat umah,bukan macam berada di kedai sebab kita kena bukak kasut untuk masuk dalam kedai ni.;-D
Lastly aku selitkan beberapa gambar untuk tatapan.Insya'Allah ada masa free,aku pot pet pot pet lagi dalam entri yang lain pulak.U all take care k!Daaa...;-D
Inilaa Quinny Zapp Extra yang menjadi puujaann hatikuuu..hehe!
Stroller ni sangat-sangat flexible...
Ini cara stroller ni dilipat.
Ni model yang menggunakan stroller ni dengan penuh gaya,tapi yang pasti..bukan aku!hehee...
Nilaa kedai OneBabyWorld kat Cheras tu.Kan dah cakap..macam-macam adaaaa!;-D
Haaa...yang ni barulaa model-model i!hihiii....
No comments:
Post a Comment