Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Friday 28 December 2012

:: I-City-Snowalk-Waterpark! ::

Last weekend,aku bawak Adam ke I-City sebab Adam nak tengok acara Ulangtahun ke 5 Fun Zone Kids(anjuran KFC).Sesat-sesat dibuatnya sebab 2,3kali pusing tempat yang sama.Tapi demi anak punya pasal,redahlaa jugak.Nilaa masalah aku kalau hubby takder,dia keje.Susah ingat jalan walaupun dah pernah pergi sebelum ni.;-(

Kali pertama aku pegi dulu tahun 2010,Adampun kecik lagi baru 4tahun.Pegi pun malam.Yang aku pegi baru-baru ni siang hari.Tu yang buat aku lagi konfius jalan nak ke sana.Lagipun dah banyak yang berubah.Dulu masa baru-baru bukak,masukpun free.Parkingpun main parking jer memana tepi jalan.Kali ni parkingpun berbayar.Aku tak pasti malam brp diorang caj sebab aku gi siang,stay sana dalam 2jam,kena caj RM4.00..hmmm boleh tahan yerrr.Tapi yang aku dengar malam diorang charge mahal sikit,dalam RM10.00 per entry.Maybe malam banyak pakai lampu,so banyak la nak kena bayar kat TNB,tu yang charge kaw-kaw kot...heheheh!

Oleh kerana aku pegipun siang hari,so takder apa yang menarik sangat kat sini.Lampu-lampu pun belum 'on' lagi.Adalah beberapa tempat yang diorang buat binatang replika sebagai hiasan kat tepi-tepi jalan tu contohnya gajah,kuda,zirafah,panda.Sempatla anak teruna aku pose kat situ.;-D






Kat situ jugak ada Snowalk(ala-ala Snoworld kat Genting tu)tempat salji la konon-konon.Ramai beratur nak masuk kat dalam tu.Kat sini aku sertakan harga untuk masuk Snoworld tu.Tapi rega ni belum masuk sewaan kasut,baju sejuk dan gloves yer.Kalau anak ramai tu,rasanya elok pikir 10kali sebelum masuk..;-D


Lagi satu tarikan yang cuba dibuat oleh I-City untuk pengunjung datang kesini ialah Waterpark ala-ala Sunway Lagoon tu tapi takderla sebesar Sunway Lagoon.Besarnya adalaa lebih kurang macam Wet World Shah Alam tu.Owh ya 'iklan' jap,aku pernah cita pasal Wet World ni dalam entri yang sebelum-sebelum ni..ada diselitkan dengan gambar sekali.Kalau nak baca,sila belek-belek entri yang lepas-lepas yerr.;-D

Okay pasal harga tiket untuk masuk ke Waterpark tu,aku tak sempat nak survey sebab tujuan utama ke sana sebenarnya untuk pegi Kids Carnival anjuran KFC tu.So bila program dah nak abis baru laa kitorang jalan-jalan jap,tupun dah nak dekat maghrib.Tapi rasanya tiket taklaa semahal Sunway Lagoon for sure.;-)


Waterpark...


Kat sini ada disediakan jugak tempat mainan untuk budak-budak ala-ala macam Genting tu tapi takde la banyak manapun.Lastly seperti yang kita dapat lihat dari jauh,ada satu Merry-go-round kat atas bukit tu.Kat bahagian bawah sekeliling merry-go-round tu adalaa disediakan beberapa kiosk yang jual minuman dan makanan(open space).
Merry-Go-Round..masa ni dah nak maghrib,tu sebab gambar kelabu asap..;-)

Rasanya itu saja yang ada kat I-City yang boleh dilihat pada waktu siang.Waktu malam barula meriah dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.Anyway gambar-gambar lampu yang mengerlip kat bawah ni ialah gambar yang aku tangkap 2tahun lepas,aku rasa kalau ada perbezaan pun tak derla banyak kot.Actually banyak lg gambar-gambar lampu lain yang berbagai bentuk yang kitorang tangkap masa 1st visit dulu tapi takut ada yang bosan lak nak tengok gambar-gambar tu suma,yer tak?;-D

Okayla itu sahaja info yang aku nak share kali ni,sampai ketemu lagi yaaaa...;-)











Me,Ayang dan Enis...Ayang belum kawin lagi waktu ni!;-)



**Psssttt...Gambar yang kelabu asap tu ialah dari phone,malas nak edit..;-D

No comments:

Post a Comment