Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Monday, 12 November 2012

:: Dulu 'Forcep',Kali ni 'Vacuum' Lak!...::

Bila hujan macam ni,best jugak dapat lepak sambil bertungku.Kurang sikit lenguh-lenguh urat badan ni terutama bahagian pinggang.Entri kali ni aku nak share pengalaman bersalin lak.Aku bersalin kat Hospital Putrajaya sebab dekat dengan umah..10min dah boleh sampai hospital.Dulu(6tahun lepas),masa Adam aku bersalin kat HUKM,area Cheras sana tapi dulu area Puchong taklaa sepadat sekarang,so jem nya pun taklaa seteruk sekarang.Sekarang ni dah banyak taman perumahan baru so kalau nak kuar dari taman aku ni pun dah ambik masa 15min(keta dah banyak dan nak kena rempuh lebih kurang 9 traffic lights..kerrlaaasss tak?).Tu belum lagi sampai ke Pusat Bandar Puchong..setengah jam  jugak la ambik masa utk ke sana kalau tak jem.Kalau jem..hmmm paham2 jerlaa kan.Rasanya kalau appointment kul 8pagi,kul 6pagi dah kena gerak dari rumah kot utk ke HUKM tu..hmmm tak sangguuup!Tapi aku akui dari segi service,layanan doktor..HUKM lagi bagus.Diorang lagi detail bila bagi info.Macam kat Putrajaya ni,hmmm ok ok laa..abiiis,ni jer hospital yang terdekat dengan umah dan tak perlu rempuh jem.;-(

Oklaa..berbalik pada pengalaman bersalin kali ni,kalau ikutkan aku due 25hb Oktober(biasalaa..anak2 aku ni memang pandai pilih date..tetaappp nak kuar time mummy n daddy dia dapat gaji,Adam dulu kuar 25hb..hahhaha),tapi 24hb doktor dah suruh datang hospital utk induced since takde tanda-tanda bersalin sebelum tu.Bayang kan aku dah rasa contraction dari pagi 24hb tu(dlm kul 10pagi dah kuar setompok darah,tapi contraction ala manja-manja jerlaa..tapi dah bukak 1cm),dlm kul 4.30ptg barula contraction datang setiap 5min.Tapi percaya tak,dlm contraction setiap 5min tu,dari pagi sampai ke petang masih lagi bukak 1cm-1.5cm!Hadoiii...sakitnya ya Allah!huhuu...Kesakitan tu berterusan sampailaa kul 8mlm,puunnn baru bukak dlm 2cm jer.Stress nya haqaq..Selepas tu barula contraction datang setiap seminit..masa ni Allah saja yang tau betapa sakitnya aku.Inilaa sakit yang aku takut-takut selama ni.Dalam tengah layan sakit contraction tu,setiap kali tu jugak aku rasa 'panas' kat bawah tu,rupanya contraction kali ni kuar sekali dengan darah..orang panggil 'ketuban darah'.Setiap kali contraction datang,setiap kali tu jugak darah kuar.Masa Adam dulu,'ketuban air' yang kuar masa contraction.Betul kata orang,ketuban darah lagi sakit daripada ketuban air.Phewww..seriau lak aku bila teringat saat-saat tu.Oleh kerana air ketuban aku tak pecah-pecah,doktor terpaksa pecahkan manually.Selepas air ketuban pecah barulaa bukak 3cm,then 5cm.Masa 5cm tu barulaa cepat bukak.Jam 11.40mlm,barula my baby keluar melihat dunia.Hmm...lebih kurang 7-8jam jugaklaa aku 'bertarung' dengan sakit contraction tu.Yang penting kali ni aku tak ambik 'epidural' macam masa Adam dulu.May be sebab kali ni aku dah mentally prepared..aku dah tau tahap kesakitan masa contraction macamana.;-(

Dalam masa nak 'meneran' kat labour room tu,tetiba lak last minute doktor cakap jantung baby dah lemah sebab tali pusat terbelit kat leher.Doktor siap pesan suruh aku teran betul-betul sebab dia nak tolong aku,kalau tak terpaksa 'operation' instead of bersalin secara normal.Dalam keadaan kelam kabut tu,doktor decided utk vakum.Darah kuar agak banyak,katanya dlm 2.5pint(err betul ker ejaan ni?).Doktor terpaksa gantikan balik darah yang dah banyak hilang tu dengan memasukkan darah baru dalam badan aku(thnx to penderma-penderma darah sekelian..huhu).Badan aku sangat-sangat lemah,terpaksa ditahan kat labour room satu hari utk di monitor oleh doktor.3rd day baru aku dimasukkan ke dalam wad biasa.So berayalaa aku kat hospital(masa tu raya Aidil Adha).Family datang melawat aku dengan baju raya cantik-cantik tapi aku beraya dengan baju hospital,sedihnyaa!Alhamdulillah baby ok,tak de apa-apa masalah.Cuma hari ke 3,baby dapat 'jaundice'(demam kuning)lak..tapi takderlaa teruk sangat.Hari ke 4,dah boleh discharged.Legaa...tak tahan/larat aku dok hospital lelama.Rimas rasanya...tak selesa sangat-sangat!Tapi masalahnya baby masih kena tahan wad,nak kena transfer ke Presint 8,Wad Berisiko Rendah,pulaakkk!Reason kuning baby dah tak tinggi sangat.Rupanya wujud  wad yang seumpamanya area Putrajaya ni.Tapi tempat ni kecik jer,asalnya rumah apartment tapi dijadikan wad.Kalau ada bilik kosong,ibu boleh stay dgn baby.Kalau tak,terpaksa tinggalkan baby kat sini,tapi parents(sahaja)boleh datang melawat utk bagi breastfeed pada baby..1st day,aku terpaksa balik umah sebab takde bilik kosong,tapi 2nd day dah ada bilik yang available,so aku stay la dgn baby kat situ...2,3hari jugak la dok situ.Capek nyerr!;-(

Nilaa Hospital Bersalin Berisiko Rendah,Presint 8,Putrajaya..kalau Adeeb tak kena masuk sini,akupun tak tau kewujudan Pusat Bersalin ni..

View daripada bilik aku..betul-betul tepi jambatan warna warni kat Putrajaya...waktu malam sangat cantik!;-)


Selepas 2hari balik umah,baby muntah susu lak.Selepas check doktor,lagi sekali kena tahan kat NICU.Berkampung lagi 2hari kat situ..alaahaaiii dugaan sungguh!Kalau aku sihat,tak kisah,tapi masalahnya badan aku nipun belum  baik sepenuhnya...hmm pantang ke mana sepanjang dok ulang alik hospital tu!Tu pun aku tetap bawak bengkung dan tetap berbengkung walaupun kat hospital.:-(

Hari ni genap 20hari aku berpantang..inipun aku rasa badan belum betul-betul baik sebab 2minggu pertama busy dok ulang alik n berkampung kat hospital.Takperlaa...janji baby sihat,itu yang paling penting.Kalau anak sakit,kitapun susah hati,betul tak?.

Okla itu saja cita yang aku nak share kali ni.Insya'Allah aku pot pet lagi dlm entri lain bila free n rajin.U all take care k!Daaa....;-)



Muhammad Adeeb Mirza-Day 1!

Oxigen pleaseee...

Jaundice...;-(

@ NICU..

Mummy muka restless..;-(

Siaannn anak mummy!:-(


Terikut-ikut gaya masa dalam perut mummy dulu!hehe..



Tak suka dok hospital..tapi senyum macam suka jerr!;-D


Kat NICU...Posing sikit,hehehe!

Alhamdulillahh..dah dapat balik,yeaayyyy!;-D

Suasana Hari Raya Aidil Adha di Hospital Putrajaya..meriah rupanya kat lobi hospital tu!

Jelesnyaaa suma beraya,bercantik-cantik di hari raya..masa ni diorang datang melawat aku kat hospital...huhu!;-(

Nilaaa baju raya i tahun ni...huhuu!

1 comment:

  1. Salam, saya sharekan kisah puan di fb saya ye... suka baca, pengalaman menarik

    ReplyDelete