Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Wednesday, 10 October 2012

:: Joommm Ber'bengkung' ::




Dalam misi mencari bengkung baru-baru ni,aku terjumpa bengkung ni kat farmasi Hospital masa gi check up baby.Sebelum tu,adalaa survey online jugak tapi harga berbeza-beza mengikut brand walaupun bendanya sama jerr..Range harga dari RM40.00-RM49.00.Tetiba harga bengkung yang aku jumpa ni RM35.00 jer.Kira okla tu..kalau beli online,nak kena bayar postage lagi.So,rembat jerlaa kaann!;-)



Masa pantang zaman Adam dulu,aku pinjam adik aku punya jerr..tapi dia punya tu agak pendek sikit so bila serbuk herba yang disapu pada perut tu kering,abis satu umah berterabur serbuk-serbuk tu kat atas lantai dan jugak kain tu senang berlipat naik ke atas bila banyak gerak.Aku dapat tau sekarang ni orang dah tak pakai lagi serbuk yang dicampur air tu,just sapu losyen macam losyen mustajab,krim selulit atau apa-apa minyak panas yang sewaktu dengannya.So takde laa serbuk tu bersepah2 atas lantai bila dah kering.Dulu yang aku beli tu serbuk herba brand Sendayu Tinggi,tapi tak pakai abispun,pakai suku jer daripada botol tu.Harga boleh tahan dlm RM60.00 sebotol.So kali ni aku nak beli losyen/krim jer sapu kat perut ni nanti sebelum ber bengkung.Senang dan praktikal.

Sebenarnya aku excited sangat-sangat nak try bengkung ni,macam best jer sebab boleh kempiskan perut ni yang konfem buncit nanti.Harap-haraplaaa dapat kempis balik..dah tak sabar rasanya,huhuhuu!Owh ya,kawan aku ada cita dia pernah beli bengkung herba,bila pakai boleh rasa herba tu meresap ke perut dan kecutkan rahim tapi bila tanya brand apa dan beli kat mana,dia lupa lak.Dia suruh aku try survey kat Cosway.Hmmm..tak pernah dengar plak bengkung herba ni,macam menarik jer!Tengokla nanti,kalau-kalau keluar dan ternampak outlet Cosway,bolehla singgah tanya.;-)

Okayy laa,itu sahaja cita yang aku nak share kali ni.Thanks sebab sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni,insya'Allahh kalau ada cita baru aku update lagi yerr.Wassalammm sumaa,babaiiii!...;-)


Sesiapa yang bukan dalam pantang pun boleh pakai tau kalau nak kempiskan perut cuma rajin ke tidak jerlaa kaann...;-D

No comments:

Post a Comment