Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Monday, 6 February 2012

:: 3D Racing Car & Fire Engine At 'GET CRAFTY',1 Utama ::

Hiii semuaa..aku muncul lagi kali ni utk 'merepek' lagi dan lagi dan lagi!hehe..Actually kali ni aku juz nak share dgn you all tempat yang mungkin 'menarik' bagi anak-anak kita yang sukakan 'art'.May be ada antara kita dah tau tempat ni tapi bagi yang tak tau,bolehlah teruskan membaca entri aku  ni.

Semalam aku ke 1Utama(last minute punya plan)bawak Adam ke tempat ni..saja nak bagi dia happy.Kebetulan cuti panjang tapi aku n hubby busy keje(takde off panjang),so takleh la bawak Adam ber holiday ke mana-mana.Adam just dok umah jer laa..siaann anak mummy.Ni kiranya 'surprise' utk Adam laa..sebab aku tau dia suka benda2 macam ni.Aku dah pernah bawak dia masa dia umur 4tahun dulu.Masa tu pegang 'brush' pun belum pandai lagi.Tapi dia 'happy' sesangat.Racing car menjadi pilihan..hmmm dah agak dah pun!;-D

2 tahun lepas price cuma RM45.00 sejam..tapi sekarang dah naik jadi RM50.00 sejam.Biasanya parents akan tinggalkan anak2 diorang kat sini,then diorang gi shopping.Nanti ada staff yang akan ajar anak kita apa yang patut tapi dari segi pilihan warna,anak-anak kita bebas utk pilih apa sahaja warna yang diorang suka.

Masa aku gi dulu,may be sebab tak ramai orang..yang adapun cuma sorang budak Korean,diorang bagi aku masuk dan dok sebelah Adam sambil tunggu dia ajar Adam.Tapi semalam aku pegi,ramai sangat orang(public holiday la plak kan),diorang tak bagi masuk so aku terpaksa tunggu kat luar jerlaa..tapi kat situ ada disediakan kerusi dan meja utk menunggu.

Kat bawah ni aku selitkan sekali gambar2 masa 1st time Adam datang sini..mesti dapat 'beza' kan?hehhe..






Pegang 'brush' pun masih kekok..;-)



Keringkan dgn hair dryer..;-)


Bergambar dgn teacher yang ajar Adam buat racing car ...

Owhh..opah pun ada yerr..hehe!

Membelek racing car yang dah siap..;-)



Tadaaaa..Adam datang lagiiii!Kali ni Adam dah 6tahun...hehehe!Suka Adam datang sini,bila tanya nak pilih yang mana satu,kali ni adam pilih 'fire engine' lak..hhmmmm apa2 jerlaaa Adam.Janji happy,kan?;-) 





Semuanya leka..;-)

Sampai muncung mulut yerr Adamm..hehe!


Tengah keringkan fire engine  la tu..;-)

Comel-comel kan?;-)


Yeaayyy dah siapppp..hehhe!

Ayuhhlaaa kita pulang...;-D

Adam dan 3D Fire Engine...;-D

Close up....



Haaaa..nilaaa kedai 'Get Crafty' tu..

Main entrance..




Banyak sangat pilihan..so pilih jer apa yg anak kita suka..hhmmmm aku pun suka nii(eerr tetiba!!hihiihi)..;-D

Kalau sesapa nak buat 'birthday party' kat sinipun boleh..pakejnya RM530.00 utk 10orang.Then additional RM50.00utk setiap seorang.Makanan dan 'birthday cake' kena bawak sendiri.Menarik kan?;-)

Okla itu sahaja utk kali ni..nanti kita jumpa lagi dlm entri seterusnya lak k!Daaa...;-)

No comments:

Post a Comment