At first aku dan hubby plan nak tukar adam belajar kat sekolah lain lak,nak bagi dia experience tempat belajar yang berbeza.Kebetulan ada satu sekolah kat area umah kitorang ni boleh dikatakan agak terkenal sebab guru2 kat sekolah tu bagus dan terbukti pada anak2 kengkawan yg pernah hantar kesana sebelum ni.Tapi bila tanya Adam,dia cakap dia tetap nak sekolah kat tempat sama(Q-Dees Amanputra).Bila tanya reason kenapa,jawapannya sebab ada 'waterplay'..boleyyy?hmmm...;-)
Actually kat Q-Dees ni setiap hari Selasa diorang ada 'waterplay' sebagai aktiviti utk budak-budak..masa tu sekolah akan sediakan kolam mainan yg diisi air,then diorang ni suma akan ikut turn laa main air dgn kengkawan.So,setiap selasa kenalaa bawak 'swimming suit' dan jugak towel.Setiap hari Khamis lak,diorang ada 'gym day'.Hari tu,budak2 ni akan ada aktiviti macam melompat2 ker,main hulahop kerr..more to exercise punya aktiviti la!So setiap Khamis takyah pakai uniform tapi kena pakai baju gym(t-shirt dan seluar).Budak-budak biasalaa kan..seronok la bila ada aktiviti macam ni.Since dah banyak kali tanya nak tukar sekolah lain ke tak,dan jawapan adam tetap sama..nak sekolah situ jugak,terpaksalaa maintain.Takpelaa..janji adam happy belajar.;-)
Kalau nak diikutkan,yuran sekolah ni agak tinggi daripada sekolah lain,kitorang pejamkan mata jerlaa..demi anak!Itu yang aku cakap dgn hubby,kalau masih malas belajar jugak,tak taula nak cakap apa.Dua tiga hari lepas,baru ada masa nak gi bayar yuran sekolah adam.Abislaa dalam 'seribu hengget' kat situ!Itupun dah kira ok(diskaun sikit) sebab takyah beli uniform baru dan beg sekolah baru(beg Q-dees pun ada)sebab uniform lama masih elok dan masih muat dengan adam dan beg pun pakai beg sendiri.Dah jimat sikit kat situ.Kalau tak,mau seribu lebih nak kena bayar!huhuhu..botak kepala jawabnya!Monthly pulak,nak kena bayar yuran RM364.00 setiap bulan!Daddy...tolong keje lebih sikit yerr!hahaha...makin gugur la rambut daddy nampaknya!;-D
YURAN ADAM YANG NAK KENA EVERY MONTH!
Walaupun umah dekat(5min jer jalan kaki ke sekolah sebab sama taman)tapi tetap nak kena ambik van sekolah sebab time keje kitorang kan 'tak tentu masa'.Bukan macam orang keje office hour..Tupun nak kena bayar RM35.00 sebulan.Apa boleh buat...:-(
This year kitorang plan nak antar adam belajar 'mengaji' kat sekolah agama lak..member cakap kat situ dia siap ajar fardhu ain dan fardhu kifayah sekali.Waktu belajar dalam 2jam gitu.Hmmm nampaknya lagi sekali nak kena sewa van sekolah utk adam..kalau tak,sapa yg nak ngantar dan ambik dari sekolah nanti walaupun jarak sekolah nipun cuma 5min jer dari umah.My friend cakap yuran dalam RM80.00sebulan.Nantila bila kitorang sama2 free,nak gi singgah tanya.Masalah nak menyinggah tu takde masa..Busy manjang!;-(
Untuk barang2 sekolah,percaya tak..aku tak belikan apa-apapun utk adam!hahaha!Bukan apa,masa bayar yuran hari tu,dah dpt 'pre-school kit',suma dah ada..eraser,pencils,ruler,colour pencil,pencil case(brand Q-Dees laa).So tak perlu la beli lagi,ye tak?Lagipun stationaries tahun lepas punya berlambak-lambak.Asal hilang jerr,beli baru.Biasala budak2..tertinggal kat sekolah la,kawan pinjam laa..kawan ambik laa!hmm macam-macam.:-D
KALAU TAK,PAKAI JERLAA BEG NI ESOK !;-)
SEMUA DAH ADA....
Nasib baik laa baru anak sorang.Kalau ramai,macamana agaknya yerrr?Pening..pening!Pastu kena plak anak malas belajar,hmmmmmm laagiii laa pening,kan?hahaha...
Okla itu saja utk kali ni,Adam pun dah nyenyak tido.Dipaksa...kalau tak paksa,jangan harap nak tido awal.Kul 8.30pm tadi,terpaksalaa dgn aku sekali 'bergelap' dalam bilik(tutup lampu) konon2 akupun dah nak tido sebab nak bangun awal esok.Kalau tak tu,liat nak bangun nanti.Banyak laa ragamnya bila suh bangun mandi.
SWEET DREAMS ADAMM...ESOK BANGUN PAGI TOLONG JANGAN MERAGAM EHHH!;-)
Lastly,selamat malam semua!Thanx for your time.Semoga ketemu lagi di lain entri yaaaa!daaaaa...;-D
No comments:
Post a Comment