Sebenarnya bila aku dok sorang2,macam2 idea datang dlm kepala yang aku nak share dlm blog ni tapi masa jer sangat2 tak mengizinkan.Itu sebab bila adam tido,barulah aku boleh merepek kat sini tanpa gangguan.Kalau tak tu,adaa jerr yang mengacau..nak itulaa,nak inilaa..nak suh buat tulaa..nak suh buat nilaa!Budak2...paham2 jerlaa.;-)
Malam ni aku nak cita pasal makanan kesihatan yang aku bagi untuk adam dalam membantu pembelajaran dia supaya otak/minda jadi cerdas.Actually aku bukanlah pakar dan bukanlah org yg sepatutnya bercerita pasal ni..memang tak layak pun.Aku masih kurang ilmu dlm bab2 ni tapi aku takkan jemu2 utk mencari info terutama berkenaan dgn cara terbaik untuk membesarkan anak.Seperti jugak ibubapa lain,aku nak yang terbaik untuk anak aku dan insya'Allah aku akan cuba berikan yang terbaik semampu aku.Aku amat berbesar hati kalau ada sesapa yang sudi share dgn aku apa2 info pasal parenting kat sini.Info anda amat2 dihargai.
Apa yang membuatkan aku tergerak untuk menulis pasal 'ANAK BIJAK' ni ialah disebabkan petang tadi aku baru jer beli satu botol minuman kesihatan untuk adam,JUS KURMA TOK GURU.Saja nak try sebab sebelum ni aku dah bagi adam try makan JUS KURMA dari lain brand,tapi baru jer abis.Yang lama punya tu maybe sebab dia ada masukkan daun sireh sikit,so adam cakap rasa macam 'kicap'...hahahha!Nasib baik,walaupun rasa mcm kicap,dia dapat abiskan sebotol tu!Jus kurma yang aku baru beli ni,special sikit sebab ada rasa anggur dan boleh mengurangkan rasa mengantuk...Manala tau kot2 dia selalu mengantuk dlm kelas,jus ni boleh membantu..heehhe!Aku bagi dia minum jus kurma ni satu sudu setiap pagi sebelum gi sekolah dan satu sudu sebelah malam.Hmmm...since jus tok guru ni boleh ilangkan ngantuk,better aku bagi belah pagi jer kot ya...takut dibuatnya mlm takleh tido,haru biru ler jawabnya nanti!hehehe....Ok,itu cita pasal jus kurma.
JUS KURMA PERTAMA ADAM....PPSSTTT YANG RASA 'KICAP' TU!;-D
YANG NI BARU BELI PETANG TADI...JUS KURMA TOK GURU.
KHASIATNYA...
Satu lagi supplement yang aku bagi adam makan sebelum gi sekolah ialah dari homeopati-GXTRA juga untuk minda.Aku dah amalkan bagi adam makan sejak awal tahun lagi.Macam biasa homeopati dia punya supplement tak leh sentuh dgn tangan.Entah macamana aku ternampak iklan ni somewhere dalam Facebook,nampak mcm menarik lak.Itu yang aku try bagi adam mkn tgk macamana hasilnya.
G-EXTRA~BOTOL LAMA..
G EXTRA~PACKAGING BARU..
Mengikut 'katanya',kita boleh lihat dalam masa beberapa minggu,pembelajaran anak kita akan meningkat,rajin membaca dan sebagainya.Tapi melalui 'ujikaji' yang aku jalankan pada si adam,hmmmmm resultnya agak lambat!Hanya selepas 3bulan baru aku nampak dia ada peningkatan dlm pelajaran.Untuk permulaan,peningkatannya kalau ikut graf,naik sedikit daripada sebelum dia makan supplement ni....lama2 makin naik dan naik!So maksudnya takdelah mendadak...Tapi alhamdulillah..that's good enough for me.Aku tak expect adam terus excellent dlm pelajaran.Bagi aku,kalau setakat tu jer otak dia termampu..aku terima jerr.Tak nak laa push dia sangat sebab diapun baru umur 5tahun.Unless 1day dia ada exam besar,masa tu baru laa boleh push dia utk study lebih sikit.Biarla dia enjoy zaman kanak2 dulu sebab bila dah sekolah rendah rendah dan menengah nanti,masa tu dah tentu dia dah kena fokus dgn study.Ini pendapat peribadi akulaa...tapi kita sebagai ibubapa mesti ada target masing2 kan.Itu terpulang pada individu sebab macam aku cakap tadi,mana ada ibubapa yang nak tgk anak dia gagal dlm pelajaran,kan?Lain parents,lain cara diorang mendidik anak masing2!;-)
Oh ya,masih lagi bercakap pasal G EXTRA ni,dulu packaging lain,sekarang dah 'berubah wajah'.Kandungan dlm tu dah di 'upgrade' giteewww!hehehe..Apapun,selama hampir setahun adam makan ni,sekarang aku boleh nampak perubahan yang agak menggembirakan aku.Kalau dulu,spelling walaupun baru 3 huruf,puuunnnn tak boleh ingat.Tapi sekarang alhamdulillah sekarang sumanya bila aku 'test' tanya,suh dia eja...sumanya dia eja dgn betul sambil tunjuk muka boring..konon2 senang la bg dia utk eja perkataan tu....hehehe..adammm,adaammm!;-)
Lastly,setiap pagi jugak aku bagi adam makan sesudu madu sebelum gi sekolah.Kebetulan hubby ada beli madu 'tualang' dgn kawan dia(pure dari kampung)..nak tau harga sebotol brp?saiz macam botol mineral yg kecik yg dijual kat kedai2 tu..jeng..jeng..jeng...RM100.Juling biji mata jap..hehehehe!Tapi sebab kwn hubby cakap yang ni betul2 punya madu,org kampung panjat sendiri pokok tualang tu utk dapatkan madu tu,tu sebab mahal.Lagipun madu ni ikut musim,tak selalu ada.Aku selalu suruh hubby beli madu yang dijual kat kedai2 tu,tapi selalu dia taknak sebab dia cakap tu blm tentu 'pure' madu.Ada yang diorang dah campur dgn gula...hmm apa2 jerlaa!Mak ok jerrr....;-D
Sebelum ni aku ada jugak biasakan adam mkn 'kismis' jak dari baby lagi..masa tu gigi pun takde.Jawabnya masa buang air besar,sebijik2 kismis tu kuar balik!Mana tak nya,terus telan...hhehe!Maybe sebab dah bagi dari kecik lagi,sekarang dia dah jemu dgn kismis.Kalau offer(selalu beli brand Lego tu),mesti dia taknak..hmmm takpela adam,dlm jus kurma tu pun kandungan dia dah ada dimasukkan kismis pun.So kiranya takyah lagi susah-susah nak mkn kismis,ye tak....;-)
Baiklaahh...sebenarnya apa yang membuatkan aku teruja sgt nak bagi anak aku makan benda2 ni suma?Sebabnya adalah kerana aku ada terbaca satu artikel pasal Azizah Ariffin yg menceritakan apa pemakanan kesihatan yg selalu dia bg kat anak2 dia.Selepas baca artikel nila aku terus cari madu dan jus kurma tu!hahhaaa...Lagipun apa yg dia cakap tu betul,dlm Islam memang dh diberitahu makanan2 ni suma terbukti sangat bagus utk minda.Indahnya Islam ni kan?
INILAA ARTIKEL AZIZAH ARIFFIN TUU....;-D
DOA-DOA YANG SANGAT BAGUS UNTUK DIAMALKAN.
Lagi satu aku just nak share kat sini doa-doa dlm Islam supaya anak kita mendengar kata.Agak lari dari topik tapi apa salahnya aku selitkan sikit kat sini utk dikongsi dgn kengkawan kan?Maybe 1day kalau dah byk info,aku akan cita psl topik ni lak dlm blog aku.Insya'Allahhh...
Kesimpulan disini,bagi aku walau bijak macamana sekalipun anak kita,kenalah seiring dgn amalan dan budipekerti yang mulia.Tak guna anak kita bijak pandai,genius dan excellent dlm pelajaran tapi budipekerti hancurr... tak tau menghormati org tua,kurang ajar,sombong dgn org sekeliling dan sebagainya.Lebih baik kurang pandai 'sedikit' tapi tau merendah diri,hormat org tua dan mempunyai budi pekerti yg baik.Lagipun,kalau anak kita kurang menyerlah dlm pelajaran sekalipun,jangan risau.Maybe dia ada kelebihan lain yang tkde dlm diri kanak2 yang bijak dlm pelajaran..maybe anak kita seorang yang kreatif,betul tak?Manala tau,kann...Apapun dan bagaimana sekalipun anak kita,terimalah dia seadanya..jangan sampai dia rasa rendah diri dan hilang kepercayaan diri apabila kita cuba compare dia dgn kanak2 lain...tak elok la macam tu,siaann dia!Jom sama2 kita doakan yang terbaik utk anak kita yerr...insya'Allahhh,amiinnn!;-)
Akhir kata,setakat ini sahaja topik yang aku nak share utk kali ni..insya'Allah kalau ada kelapangan waktu,aku merepek lagi dgn topik yg baru..nyte suma!mmuaahhss...;-)
No comments:
Post a Comment