Powered By Blogger

nuffnang

welcome note

Tuesday 23 August 2011

~AKU MINAH KILANG~

As salam suma..mcmn preparation raya?aku lak,utk family,suma dh settle,cuma aku punya accessories  yg belum settle..belum ada masa nk singgah ke shopping mall!sebokk mencari baju melayu hubby n adam!td baru dapat..barulahhh lega sikit!tunggu la aku off nanti,aku try curi masa ke sana nanti!


Ok,berbalik kepada tajuk cita aku kali ni,aku nak tanya...ada sesapa penah merasa jadi minah kilang tak?hmmm jgn terperanjat kalau aku ckp,aku pernah!hahaha..aku tak malu  ngaku sebab bagi aku semua ni adalah pengalaman yg amat berharga bagi aku!Dgn pengalaman2 ni suma,buatkan aku lebih memahami orang lain dan menjadikan sapa diri aku sekarang!


Sebenarnya masa tu,aku masih belajar kt ITM,sekarang dikenali sebagai UITM!Kebetulan cuti semester cuma sebulan,so aku dan 3,4orang kawan aku yang stay dlm satu dorm rancang utk tidak balik kampung tp keje part time kat kilang!area shah alam kan banyak kilang2..


Bila cuti bermula,operasi mencari kerja pun bermula..kitorang walk in dari satu kilang ke satu kilang!1st company tima kitorg bekerja tp kitorang ditempatkan disebuah flat(kiranya mcm hostel utk kilang tu laa)opposite hotel de palma shah alam!katanya temporary.nanti kitorang akan ditempatkan kat hostel lain.once masuk umah tu,kitorang terperanjat..rupanya yg dah memg stay kat umah tu pun dah 10orang!so bila termasuk kitorang ni,dah jadi 15orang!tak ker dah mcm sardin?bila kitorang join,suma tunjuk muka tak puas ati!yerlaaa...kitorang paham perasaan diorang sebab kitorang pun bukannya selesa dengan keadaan macam tu!lagipun bukannya kitorang yang mintak nak stay situ!nak mandi pagi sebelum g keje,ya Allahh...long queue!stress betul!;-(


Korang nak tau apa kitorang buat?2nd day,kitorang cabut lari..muahahhaah!nasib la kannnn....!so,lagi sekali aku dan kengkwn walk in dari satu kilang ke satu kilang...2nd kilang yg aku nak cita ni,namanya SHINETSU kat seksyen 26 shah alam!kilang ni wat chip sebesar duit 5sen untuk komputer!jangan marah yerrrr...walaupun interview utk keje kilang jerr,tetaaap ada test yerrrr!adalaaaa kiraan sikit2...oleh sebab kitorang ni sumakan student,kiranya test tu agak kacang la bg kitorang!muahhaha..mana taknya,kwn2 aku tu datang dari berbagai course,ada yg dari mass communication,sains n komputer,biokimia dan administration!so,akhirnya kitorang sumanya lulus dgn jayanya dlm test tu!pendek cita,kitorang suma diterima keje kat situ!gembira tak terkata..maklumlaa sumanya tak pernah bekerja!hahahahaha...excited sesangat!


Kali ni,kilang ni best sikit!diorang bagi kitorang stay dalam 1 rumah single storey..rumah tu baru lagi(kilang sewa umah tu semata2 utk tempatkan kitorang).seronok sangat sebab tak yah share dengan orang yang kita tak kenal kan!kita kita jerr...masa nak g keje,kitorang akn tunggu kat main road,nanti bas kilang akan datang ambik kitorang kat pick up point tu!


Bila sampai kat kilang,kitorang akan tukar baju,pakai uniform 'ala2 astronaut'(hahahhhaha) kaler putih, dgn mask sekali kt muka...aku paling tak suka part kena pakai mask ni!rimass rasanya!then,kitorang akan masuk satu bilik khas!bilik tu macam vaccum laa...akan sedut segala debu2 kat badan kita!kitorang kena gerak n pusing2 kan badan bebrapa kali,barulah boleh kuar!sekarang barula kitorang boleh masuk area wat chip tu...lupa lak..kitorang jugak mesti pakai gloves yerr!haduuhhhh..tak glamer langsung keje ni..muahahhaha!


Untuk lakukan keja2 tu lak,diorang ada satu motto...DO IT RIGHT AT THE FIRST TIME!maksudnya,setiap kali buat chip tu,mesti tkleh ada defect!paham2 jerlaaa...kalau tk, rugila kilang kaannn...asyik defect jerrr!sedang kan setiap chip tu dah kira cost bagi company!Untuk permulaan,of course la blm pandai,byk la defect nyaaa..tp lama2 ok laa!


Ok...tu pasal pengalaman masa keje!Sekarang aku ada satu lagi pengalaman menarik yg tk akan aku lupakan seumur hidup aku semasa keje kt situ!aku rasa kwn2 aku pun sama...actually pengalaman pahit,tp kalau diingat2 kan balik..dah jadi kenangan manis lak yg aku rasa mungkin tak suma orang pernah merasa apa yang aku dan kwn2 rasa dan alami!


Nak dijadikan cita,pada satu hari tu...hujan turun non stop dari petang sampai ke malam!kebetulan malam tu,ada pasar mlm..so biasala kitorang g la shopping apa yg patut untuk dinner!masa pegi tu,ok lagi!Tapi masa balik,sampai umah jer,air dah naik sampai buku lali!tp kitorang tkde la pikir apa..ingatkan ujan biasa2 jerr...tp makin lama,makin naik air,dah sampai ke paras lutut lak!masa ni kitorang dah susah ati...mula packed brg2 letak atas katil double decker!tapi selepas tu,air dh mula naik paras pinggang...hadooiiii!kitorang resah gelisah dah tk tau apa nak buat!nak tido tk bolehhh...bayang kan kitorang bertahan dgn keadaan mcm tu sampai ke pagi!lastly neighbour2 sebelah cadangkan kita kuar dari umah tu bila kat luar dah cerah,sebab malam2 kan gelap,takut tak nampak lubang @ longkang bila nak jalan nanti!korang nak tau,bila pagi paras air dah takat mana?masa tu paras air dah takat bahu!kitorang bercakap pun terpaksa mendongak sebab takut air masuk mulut@ telinga!pheewwww..dugaan yang hebat!


Sekarang,seluruh area shah alam tu(seksyen 25) dah ditenggelami air...termasuk keta2,bunyi alarm keta sana sini!orang yg umah double storey untung,boleh la lari naik tingkat atas!bila dah cerah kt luar,mulalah kitorang kuar beramai2 dari umah,masing2 pegang tangan kawan2..takut terlepas!sebelah tangan pegang ranting kayu,nak elakkan dari lubang@longkang!Masa tu,dalam hati rasa sedih sangat,macam nak nangis pun ada!mula salah kan diri sendiri sebab pandai2 nak kerja!kalau tk,suma ni tkkn jadi!hmm..mcm2 pikir!


Agak jauh jugak kitorang berjalan untuk sampai ke area yang paling tinggi kat situ..masa tu sumanya jalan sambil dongakkan kepala!ada sorang pakcik ni,siap masukkn kucing dia dalam kotak,then dia letak kotak tu atas kepala dia...soo sweetttt!kitorang boleh dengar bunyi kucing tu mengiawww..comeeel sangaatttt!;-)


Finally sampai jugak kitorang ke satu jambatan,kiranya jambatan tu adalah area yang paling tinggi kt situ!kat situ dah banyak lori2 menunggu untuk bawa kitorang ke kawasan selamat!once dh naik lori tu,kami disambut dgn roti gardenia sebungkus sorang!kelakar lak rasanyaaaa...hahahha!sebenarnya kat situ ada kilang roti gardenia!agaknya kilang roti tu buat amal jariah bersedekah roti2 diorang pada kami 'mangsa2 banjir' ni!muahahaa..mulia sungguh hati tokey kilang roti ni!


Nak tau kami dibawa ke mana?Kami dibawa ke satu dewan iaitu Dewan Badminton yg berdekatan(lupa seksyen brp-shah alam kan byk seksyen)!hehheeh!Paling sedih,kat pintu masuk tu,ada kaunter dan petugas siap ada tulis kat situ MANGSA2 BANJIR,adooiiiii sedihnyaaa!tak sangka kitorang ni boleh terjebak menjadi salah sorang 'magsa banjir'!salah sorang kawan aku tu anak manja..dah nangis2 sedih!akupun sedih jugak sebenarnya!huhuuhuhuhu...selepas register diri,kitorang dapatla blanket sorang satu!then,kitorang diarahkan masuk dewan dan diorang bagi tempat untuk kitorang berehat!mesti korang boleh imagine dewan macamana kan?ada berbagai2 ragam manusia..riuh rendah,ada yg dengan anak kecik menangis2...open space la katakaannn!diorang dah siap kan makanan untuk mangsa2 banjir2 ni!Masa tu handphone belum popular,so utk call family bgtau apa yg berlaku,terpaksa la beratur sepanjang2nya kt the one and only public phone yang ada kat situ!Maklumla ramai orang!Susahnya mandi,nak g toilet..sebab sumanya kena share beramai2!


Tapi yang paling kelakar,masa petugas TV3 datang suluh kamera diorang kat kitorang,sumanya menyorok tutup muka dgn blanket!hahhahaa...reason,takut mak bapak kitorang tengok,nanti diorang sedih,kalau kawan2 atau sedara mara tgk lak,nanti malu!hahhahaa...haddooiiiyaaaiii!macam2...;-D


Tak silap,hari ke3,airpun dah makin surut,kitorang pun dibenarkan balik umah masing2...transport provided sampai depan umah..bagus tul diorang ni!hehhe.. Bermulalah pulak episod membersih umah dan barang2 yg dah ditenggelami air sebelum ni...tak suka...tak sukaaaa...;-(


Itulah pengalaman2 suka duka aku jadi minah kilang selama sebulan yang aku nk kongsi kan kali ni!genap sebulan keje kat situ,new semester pun dah nak bermula,kitorang beramai2 hantar resignation letter!Company terkejut sebab mintak keje beramai2,berhenti pun beramai2...reason kitorang  ialah sebab nak further study!muahahhaha...tp pihak admin cakap,diorang dapat agak yang sebenarnya kitorang memang sebenarnya student punn.....tp kitorang mati2 tetap tak nak ngaku yeerrrr!hahahhaha..


Dari pemerhatian aku,minah kilang ni sebenarnya kalau rajin keje,selalu wat OT...gaji boleh tahan!ribu riban jugaklaa...lagi2 diorang terima gaji 2kali sebulan,awal@hujung bulan dan jugak tengah bulan!kalau kita dah kopak tengah bulan..diorang sebaliknya!yang rajin keje tu,duit tak kemana...maklumlaaa..pegi keje,balik keje!nak spend duit g shopping pun tkde masa!so,duit banyaakkkk wooooo!heheh! 


Ok..itu saja cita utk aku share kali ni!apa yg tak baik,korang jgn tiru ehhh....tiru yang baik2 jer tau!hehhehe...sampai ketemu lagi yaaa!daaa....muaahhhhss!;-)

3 comments:

  1. sungguh seronok saya membaca pasal minah kilang ni...terhibur dgn cerita2 awak!!!

    ReplyDelete
  2. Kesiannya banjir bsar ke waktu tu..

    ReplyDelete